Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Pengharaman Yang Dilupakan Atau Buat-Buat Lupa




Masa hidup tak ada pun buat amal sebanyak mana tetapi bila sudah meninggal kuburnya mengalahkan wali Allah, mengalahkan ulama, mengalahkan kubur-kubur para syuhada. Kuburnya disimen, diletakkan batu marmar, diukir dengan tulisan-tulisan yang cantik kemudian design kubur pula macam nak buat sebuah monumen peringatan negara. Sesungguhnya semua itu dosa dan telah dilarang oleh Rasulullah dengan jelas. Hari ini macam-macam perkara yang diharamkan berkaitan dengan hal perkuburan dilakukan. Hal ini mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun masih lagi ingin bermegah-megah walaupun di perkuburan. 

Dari Abdullah bin Hasanah berkata: “Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur.
Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah SAW mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61)
Lihat sahaja ayat ini. Jelas dituliskan Uthman telah memerintahkan bahawa setiap kubur diratakan tanahnya. Jadi haram sebenarnya kita membuat batas atau meninggikan tanah perkuburan. Apatah lagi membuat simen di atasnya. Hadis di atas juga jelas menunjukkan betapa seriusnya hal ini sehingga dinyatakan bahawa jangan biarkan walau satu kubur sehingga semua kubur-kubur itu diratakan.

Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar ra setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.
Ini satu lagi masalah dalam kalangan Islam samada di Malaysia atau di mana-mana sahaja. Bila seseorang meninggal, sebelum dibina atap di atas kubur tersebut pasti memayungkan kubur itu dengan payung. Apa mereka fikir dapat meneduhkan mayat itu? Jika simati banyak berbuat kebajikan dan seorang yang mencintai Allah dan Rasul, kita tidak perlu bersusah payah membinakan sebarang perkara untuk simati kerana ganjaran Allah itu lebih hebat. Manakal kalau simati tu memang seorang yang kufur, buat la apa pun dia pasti diseksa di alam sana. Hanya amal di dunia yang dapat memayungkan kita. Apabila kita meninggal kita sudah tiada hubungan dengan dunia. Jadi kalau letak payung pun tidak akan rasa sejuk. Tetapi jika kita selalu mendoakan kebaikkan untuk simati insyallah doa itu boleh menjadi penolongnya di alam sana. Ini berhabis duit kemain banyak tapi doa tak pernah lekat pun bila selesai solat. Tidak perlu tunggu ziarah kubur pun kalau kita nak berdoa. Sebelum tidur pun kita boleh berdoa.

 Dari Jabir ra, dia berkata: “Rasulullah SAW telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
“Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Surah Al-Qasas :76)
Satu lagi amalan yang cukup disukai oleh orang-orang melayu kita ni adalah membawa bunga berjambak-jambak ke kubur. Padahal perkara ini adalah mencontohi cara orang kafir dan membazirkan harta benda. Tidak perlu kita membazir untuk perkara yang sia-sia. Mayat tu dah tidak boleh bangun untuk ucap terima kasih kepada sesiapa yang menghadiahkan bunga di atas kuburnya itu. Selain itu, ramai yang ingin menunjukkan kekayaan mereka dengan membina kubur dari marmar. Walauapapun yang kita lakukan semua itu sudah tidak berguna jika amalan kita tiada. Anak-anak pun tidak perlulah nak menunjukkan kasih sayang dengan membina kubur yang gah kepada ibu bapa mereka kerana semua itu tiada erti jika mereka tidak menjadi anak yang soleh atau solehah.
Inilah contoh perkuburan di Arab masih mengekalkan ciri-ciri kubur di zaman Rasulullah SAW

p/s: Kadang-kadang kita memang sengaja lupa kerana adat itu lebih penting dari yang telap ditetapkan agama, kerana duniawi itu masih dalam ingatan walau kita sedang berada di dalam majlis kematian, kerana ingin menunjukkan kehebatan di mata setiap yang datang menziarahi kubur itu.




www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger