Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Al-Fitnah al-Kubra


FITNAH FITNAH FITNAH....
Masyaallah...masyarakat masih tidak sudah-sudah suka memfitnah antara satu sama lain semata-mata untuk mendapat pangkat dan kuasa...

Fitnah boleh menghancurkan negara malahan dunia sekalipun. Pihak-pihak yang tamak gila menabur fitnah untuk beroleh kemenangan walau dengan cara yang kotor sekalipun. walhal dosa pemfitnah itu amat besar dan lebih besar dari zina kerana apabila sesorang melakukan zina mereka boleh bertaubat terus kepada Allah SWT dengan taubat nasuha. Bagi seorang pemfitnah, dosanya tidak akan diampun oleh Allah sebelum dia diampun oleh orang yg menjadi mangsa fitnah atau umpatannya...masyaallah...terlalu besar dosa fitnah ini. Adakah kita pasti kita akan sempat memohon maaf kepada orang yang kita fitnah itu? atau kita perlu mencarinya di padang masyar kelak yang menjadi himpunan sekalian makhluk untuk dihisab?

Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.(Surah al-Baqarah, ayat 191)


kadang-kadang diam itu lebih baik

Masih ingatkah kita tentang sejarah besar dalam Islam yang menjadi kejatuhan Uthman bin Affan dan perang saudara di zaman pemerintahan Saidina Ali ra? semua itu adalah disebabkan fitnah. fitnah boleh menghancurkan hubungan sesama manusia walau saudara seagama seterusnya menjadi pemusnah kepada sesebuah pemerintahan. Allah sentiasa menguji hambanya dengan ujian-ujian yang besar. semakin berat dugaan yang kita terima bermakna Allah SWT semakin kasih pada kita. Allah memberi ujian supaya kita tidak lalai dan lupa kepadaNya....



Seperti yang kita sedia maklum Uthman bin Affan termasuk dalam golongan sahabat Rasulullah yang dijamin syurga keatasnya. Namun beliau tetap tawadhuk kepada Allah dan sentiasa bersikap dermawan serta rendah diri. Beliau menghabiskan harta bendanya untuk kebajikan umat Islam di zamannya. Uthman bin Affan diangkat menjadi khalifah setelah kewafatan Umar Alkhattab sebagai khalifah Khulafa al-Rasyidin yang ketiga ( rujuk sini ).
Beliau merupakan khalifah Khulafa al-Rasyidin yang memerintah paling lama iaitu selama 12 tahun. Zaman pemerintahan beliau dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam dan Al-Fitnah al-Kubra (Zaman Fitnah).

Pada zaman kegemilangannya, beliau telah banyak memberi sumbangan besar di dalam kerajaannya seperti membukukan AlQuraan, memperluaskan empayar islam ke Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco, mewujudkan tentera laut, membesarkan masjid Nabawi, melakukan dakwah di penjara, menghantar ramai pendakwah untuk menyebarkan Islam di serata pelusuk wilayah serta melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang.

Tetapi fitnah telah menghancurkan segala-galanya serta telah menyebabkan terbunuhnya Uthman bin Affan. Fitnah ini dibawa oleh orang-orang yang datang untuk mengerjakan umrah pada bulan Rejab. Antara fitnah yang dilemparkan adalah "Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar sewaktu di Makkah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pejabat dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala fasilitas untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain. Kemudian Saidina Ali bermati-matian mempertahankan Uthman kerana segalanya itu adalah fitnah untuk menjatuhkan Uthman.

Namun, musuh-musuh yang tidak senang dengan Uthman terus meniup api-api fitnah dan mendesak supaya Uthman dibunuh. Mereka menyebarkan surat-surat fitnah yang mempunyai tandatangan palsu sahabat-sahabat yang terkemuka. Dengan ini fitnah yang dilemparkan semakin menjadi dan nampak seperti benar. Masyaallah, masakan sahabt Rasulullah yang dijamin syurga sanggup melakukan suatu perkara yang salah disisi agama. Tetapi hati manusia mudah terpedaya apabila bisikan-bisikan syaitan bertiup ke dalam hati mereka. Ramai yang percaya dengan fitnah yang dilemparkan. Akhirnya Saidina Uthman ra telah mati dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung
rumahnya selama sebulan pada tahun 35 Hijrah, bersamaan dengan tahun 656 Masihi. Peristiwa ini dikenali sebagai Al-Fitnah al-Kubra yang pertama yang telah merobek kesucian umat Islam.

Lihat betapa kejam para manusia membunuh seorang sahabat Rasulullah yang telah dijamin syurga hanya kerana fitnah.

Itu hanyalah secebis kisah yang berlaku dizaman para sahabat, zaman yang Islam diletakkan di atas dan nyawa di tangga kedua, zaman di mana hidup untuk Islam dan mati untuk Allah. Pada zaman yang serba maju ini kuasa fitnah semakin menjadi-jadi.

Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda:"Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah".


Manusia telah menyalahgunakan medium yang tersedia untuk menyebarkan fitnah. Setiap hari ada sahaja fitnah yang disajikan di media massa, elektronik dan cetak. Kadang-kadang fitnah itu terang-terangan tidak logik sehingga sampai mempersendakan HUKUM ALLAH. Apakah kerana mengejar kuasa kita harus menolak AlQuran dan Hadis? Bukankah apa yang telah ditetapkan Allah itu sebaik-baik perkara. Adakah akal fikiran manusia melebihi Allah? Siapakah yang mencipta cakerawala ini? Kita mengakui hanya dimulut bahawa kita bersaksi hanya Allah yang disembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Namun adakah hati kita juga berkata begitu? Kenapa kita perlu mengikut rencana orang-orang yang gilakan kuasa sehingga sanggup mencabar Allah? Allah itu Maha Besar lagi Maha Kuasa. Jangan kerana menginginkan kuasa yang sementara itu kita jadi buta. Kerana Allah itu tidak tidur dan melihat setiap perbuatan kita.

Setiap orang yang sengsara kerana fitnah kita akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda sehingga orang yang memfitnah itu menjadi muflis di akhirat kelak.

Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah:
"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab:
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Jika pahala sipengumpat itu telah habis maka dosa orang yang diumpat atau difitnah itu akan pergi kepadanya. Kerana itu Pemfitnah dikatakan akan menjadi muflis di akhirat kelak.

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)


p/s: SELIDIK DAHULU SETIAP BERITA YANG KITA TERIMA ATAU BACA. JANGANLAH KITA MENJADI MANUSIA-MANUSIA YANG BODOH WALAU TELAH DIBERI AKAL


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger