Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Kashaf Imani

Assalamualaikum semua...hari ini ain dah pening kepala ubah setting blog ni...almaklumla hamba ni bukannya terror mana pun...jadi bila dah penat otak mahu rehat ain tonton lah sebuah drama yang ain download ni. Tajuk drama ni Kashaf Amani. Ain nak bagi korang semua tengok juga la ni...sabar ye. Cerita ni mengisahkan kehidupan keluarga yang kacau-bilau bilamana anak-anaknya kurang ajar dan mengamalkan hidup bebas. Salah seorang anak yang kurang ajar ni bernama Kashaf. Kashaf ni adalah seorang anak luar nikah. Di situ lah timbul konflik bilamana siibu melebihi anak keduanya yang bernama Syamin(perempuan) kerana anak itu sah taraf. Jadi nak dijadikan cerita, mereka ni hidup dalam suasana yang kurang didikan agama. Akhirnya pada suatu hari Kashaf ditikam di atas perbuatan jahat Farouk(Taiko Dadah). Sebelum itu, Kashaf ni telah bergaduh dengan keluarganya dan mengecilkan hati ibunya. Oleh sebab itu setelah dtikam, roh Kashaf berlegar-legar kerana masih belum sempat memohon ampun dengan ibunya. Sebenarnya Kashaf tidak mati dan dia hanya koma. Di atas pertolongan Sharifah Amani dia dapat menyampaikan isi hatinya kepada siibu. Tetapi masih belum berakhir di situ. Nak tau kesudahan download la cerita tu di sini  ( TEKAN SINI ).

Menangi hadiah sehingga RM 40000 dengan hanya bermain game ini. start tagging friends dengan personaliti yang sesuai dengan mereka. Tekan sini untuk cuba game menyeronokkan ini dan menang hadiah hebat!

Banyak Pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ini. Suasana dalam kehidupan banyak mempengaruhi cara hidup remaja masa kini. Terlibat dengan dadah, arak dan seks bebas kerana kecelaruan dalam hidup mereka. Tiada siapa yang membimbing dan menunjukkan jalan yang benar. Pusing kanan pusing kiri semua orang yang serupa perangainya. Tetapi jika Allah memilih untuk memberikan hidayah tiada apa yang dapat disangkal. Selain itu, kita perlu ingat seburuk mana pun ibu kita, kita tidak berhak menghinanya kerana ibu telah berkorban nyawanya untuk melahirkan kita dan membesarkan kita. Jasa ibu tidak akan terbalas walau digantikan dengan nyawa kita. Jika ibu tidak redha maka Allah pun tidak akan redha dengan kita. Jika Allah tidak redha maka tidak akan dapat kita mencium bau syurga apatah lagi untuk masuk ke dalamnya. Ibu juga perlu selalu mendoakan kebaikkan untuk anaknya kerana doa itu tiada hijab dan doa seorang ibu itu dapat melembutkan hati anak yang keras seperti batu. Seburuk-buruk anak adalah darah daging siibu juga.



www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger