Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Kebangkitan Rakyat Menentang Kezaliman



Assalamualaikum...kebelakangan ini kita sering mendengar tentang gelombang kebangkitan rakyat. Mula-mula di Tunisia kemudian merebak ke Mesir dan sekarang telah berjangkit ke negara-negara lain. Kenapa segalanya terjadi? Adakah rakyat suka negara menjadi kucar-kacir? Jawapannya adalah rakyat telah bosan dengan segala janji-janji presiden mereka yang hanya menguntungkan puak-puak mereka sahaja. Segala kekayaan rakyat, hak rakyat diambil dan diguna oleh mereka-mereka yang gilakan wang ringgit sahaja sedangkan rakyat yang sekian lama menjadi kuli dibiarkan hidup tanpa pembelaan.

Seperti mana yang kita ketahui, kekayaan Hosni Mubarak itu boleh dikira sebagai orang paling kaya dalam dunia. Hartanya yang tersimpan di bank-bank luar negara dan dalam bentuk-bentuk lain (hartanah dan sebagainya) bernila beratus billion dollar amerika. Wow! Begini rupanya menjadi perompak setelah berpuluh tahun memerintah ye. Sebenarnya apa yang dilakukan Hosni ini bukan sesuatu yang menghairankan. Hampir semua pemerintah 'mengsonglap' duit rakyat. Rakyat apa tahu? Mereka tidak tahu pun akan hak-hak mereka sebagai seorang rakyat. Dalam benak mereka hanya terfikir seorang presiden memang layak hidup mewah dan rakyat memang tidak boleh berbicara apa-apa.

Masih ingatkah kita bagaimana caranya pemerintahan Umar Al Khattab dan Umar Abdul Aziz? Subahanallah...mereka ini sangat takut untuk memikul tanggung jawab sebagai khalifah. Kerana apa? Kerana mereka takut apabila disoal Allah, mereka tidak dapat menjawab apa yang dilakukan untuk rakyat. Mereka juga sangat takut andai terguna sedikit pun wang rakyat sehinggakan mereka lebih miskin dari rakyat biasa kerana Tawaduk mereka kepada Allah SWT. Saya tidak melihat masih ada ciri-ciri pemimpin seperti ini  kecuali hanya beberapa orang sahaja iaitu pemimpin Iran Ahmadenijad, pemimpin Hamas, Tuan Guru Nik Aziz dan mungkin ada lagi nama-nama yang tidak disebut. Tetapi ia hanya sebilangan sahaja. Pemimpin pada masa sekarang lebih mementingkan penampilan dan kepopularan mereka di mata dunia sedang permintaan rakyat diabaikan.



Kebangkitan rakyat di Tunisia adalah dimulakan oleh penjual sayur yang membakar diri kerana pihak polis merampas barang-barang dagangannya itu. Siapa tahu seekor semut boleh menjatuhkan seekor gajah? Isteri bekas preseiden Tunisia Leila Trabelsi sebenarnya sangat dibenci oleh rakyat kerana sikapnya yang melebihi suaminya sendiri, Zine El Abidin Ben Ali. Leila digelar sebagai Imelda Marcos Arab kerana sikapnya yang terlalu boros dan mewah berbelanja. Wang yang dibelanjakan itu senang-senang sahaja diguna tetapi jika diminta untuk pembangunan rakyat sulit sekali dikeluarkan. Pelbagai alasan dikeluarkan semata-mata untuk mengurangkan bajet untuk rakyat.

wajah isteri presiden yang menjilat hasil rakyat
Sesungguhnya kuasa Allah itu tiada siapa yang dapat mengjangka. Sekian lama rakyat dikekang dengan pelbagai isu seperti rasuah, penindasan dan tekanan terhadap kehidupan akhirnya rakyat bangkit untuk menentang. Perancangan Allah itu sebijak-bijak pernacangan. Tiada siap menyangkan setelah memerintah selama 30 tahnun dan menjadi manusia paling kaya di dunia dalam diam akhirnya Hosni Mubarak digulingkan. Walaupun memerintah sebuah negara Islam yang terkenal sebagai pusat Ilmu Islam terulung, namun dia sendiri begitu baik dengan Israel dan Amerika sehingga sanggup berkrompomi untuk menindas rakyat Palestin. Masyallah...Allah itu tidak pernah tidur. Malah Dia memberi kita semua peluang untuk berubah namun jika peluang itu tidak diguna maka Dia akan menurunkan peringatan dan jika masih tidak diendah maka Dia akan memberi sepedih-pedih azab.

Allah berfirman dalam Surah Mariam ayat 68-72 yang bermaksud: “Demi Tuhanmu (wahai Muhammad) Kami akan himpunkan mereka semua dengan golongan syaitan dan akan Kami tampilkan mereka dengan melutut di tubir neraka. Kemudian Kami akan rentap (dan sentap) golongan penderhaka yang paling biadap terhadap Tuhan yang Maha pemurah. Kemudian kami yang lebih tahu siapa yang lebih wajar dihumban dan dibakar di dalam neraka. Semua kamu pasti akan di bawa ke tubir berkenaan. Ini adalah ketentuan Tuhanmu yang azali dan pasti. Kemudian Kami akan selamatkan golongan yang bertakwa (daripada seksa neraka) dan kami akan biarkan manusia penzalim tersebut terbongkang di dalam neraka.”

Marilah kita imbas balik kepada pemerintahan Kamal Atartuk. Siapa dia? Dia adalah bapa kemodenan Turki yang diagung-agungkan Barat. Kamal Atartuk sanggup menolak Agama demi untuk menjadi sebuah negara yang maju kerana itu Barat amat menyukai sipengkhianat agama ini. Beliau telah menutup masjid-masjid dan mengharamkan pemakaian tudung atau boleh memakai tudung tetapi mesti memakai pakaian yang membuka aurat. Selain itu azan juga tidak dibenarkan dan banyak lagi keburukkan yang dilakukan. Dia berkata untuk berjaya dan menjadi sebuah negara maju kita harus pisahkan agama dengan kehidupan. Itu hanyalah kata-kata orang yang kufur kepada Allah SWT. Sebagai balasannya sewaktu kematiannya Allah telah menurunkan pelbagai bentuk penyiksaan. Antaranya sentiasa merasa panas kemudian diletakkan ditengah laut namun panas itu tetap juga tidak hilang. Selepas itu Kamal Atartuk memerintahkan pasukan untuk menyiram air di istananya. Namun panas juga tidak hilang malahan jeritannya menahan kesakitan terlalu kuat sehingga membuat orang-orang disekitarnya berasa tidak senang. Akhirnya matilah dia dengan cara yang hina. Penghinaan Allah terhadapnya masih tidak selesai. Sewaktu hendak dikebumikan, tanah tidak menerima dan tanah itu sendiri mengeluarkan dia dari kuburnya. Kerana sudah kehabisan idea mayatnya kemudian diawetkan dan disimpan didalam muzium selama 15 tahun. Selepas itu mayatnya dicuba untuk ditanam kembali namun masih tidak berjaya. Pihak yang bertanggungjawab telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan kepulangannya kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. Saya akan menceritakan sejarah Pengkhianat Islam ini di entry yang akan datang.
pencacai agama
 Apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya, sesebuah negara itu tidak akan mengecap sepenuh kebahagiaan jika tidak diperintah dengan cara Islam yang betul seperti dizaman Rasulullah dan para sahabat. Pemerintahan perlulah berlandaskan AlQuraan dan Sunnah.

"Tidak sekali-kali redha Yahudi dan Nasrani itu terhadap kamu (umat Islam) hingga kamu mengikut cara hidup mereka." (AI-Baqarah: 120)

Apa yang saya perhatikan sejujurnya, negara kita hanya mengambil sebahagian dari Tuntutan agama yang dirasakan membawa kebaikkan kepada mereka. Sedangkan di dalam Islam itu tidak membenarkan kita mengambil hanya bahagian yang kita sukai dan meninggalkan bahagian yang dirasakan susah untuk diikuti. Jika mahu hidup diredhai maka ikutlah sepenuhnya cara Islam dan tinggalkan setiap larangannya. Allah melarang kita bersentuhan dengan bukan muhrim, jadi janganlah kita menghina orang-orang yang mengjaga auratnya sepatutnya kita memuji dan menjadikan orang itu sebagai ikutan. Ini tidak, sesiapa yang mengikut agama, mematuhi sunnah bermakna orang itu adalah bodoh, kolot dan tidak akan berjaya. Masyallah inikah balasan kita kepada Rasulullah setelah baginda sepenuh hati berjuang untuk agama Islam supaya tidak ditindas?

Kita perlu sebuah pemerintahan yang melaksanakan undang-undang Islam. Jangan takut untuk melaksanakan Islam kerana Allah telah menjanjikan kebahagian dan rahmat kepada sesiapa yang ikhlas terhadap Allah dan Rasulnya Kenapa kita perlu takut sedangkan negara kita agama rasminya adalah Islam. Sepatutnya kita perlu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu sebaik-baik agama dan bangsa Islam adalah bangsa yang penuh dengan maruah dan boleh berjaya dengan mematuhi setiap suruhan dan larangan Allah SWT. Dunia ini milik Allah maka perlu kita mengikut setiap suruhanNya. Jika kita degil dan sombong maka keluarlah kita dari setiap tempat milik Allah dan binalah sebuah galaksi sendiri. Perbanyakkan membaca sirah-sirah Nabi dan sejarah Islam dan kita akan ketahui betapa Islam itu menjaga kebajikan setiap umatnya. Jangan mencabar kuasa Allah kerana azabnya terlalu pedih.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling keras diseksa pada hari kiamat kelak adalah pemimpin/ pemerintah yang zalim.”




p/s: wajib kita mencari sinar Islam dan memilih pemimpin yang mematuhi syariat Islam sepenuhnya..Allahuakbar!


www.tips-fb.com

comment 3 comments:

creative on February 17, 2011 at 5:22 PM said...
This comment has been removed by the author.
creative on February 17, 2011 at 5:27 PM said...

Tidak ada seorang pemerintah pada hari ini yang jujur seperti khalifah yang empat dan khalifah Umar bin Aldul Aziz seperti yang kamu katakan pada hari ini event Nik Aziz sekali pun.

Kamu katakan khalifah Umar Al-khattab dan khalifah umar bin Abdul Aziz sangat takut untuk menjadi pemerintah kerana mereka tahu dan sedar akan tanggungjawab yang terpaksa di pikul.

Cuba lihat sekarang... Usah pergi jauh. Di Malaysia sudah cukup, mereka berlumba-lumba untuk menjadi pemerintah. Mereka berusaha fitnah memfitnah orang lain demi mendapat sokongan rakyat. Undi dari rakyat yang boleh membawa mereka ke Putrajaya dan memerintah.

Tidak kira pas atau umno atau pkr. mereka sama sahaja. apabila mereka berada di atas, mereka lupa yang dibawah. Usahlah kamu mengagung-agungkan sangat pemerintah pas. mereka sama sahaja.

http://mywordismythinking.blogspot.com

ainashikin said...

memg tiada pemerintah yang berjiwa seperti para sahabat...seperti umar Abdul Aziz, Umar Al khattab. Tapi sekurang2 nya pilihla pemimpin yang mengajak kita ke jalan Allah. daripada kita duduk dalam negara yang tidak memartabatkan Islam sebagai yang pertama. bukan hanya dijadikan agama rasmi. nak mencari yang betul2 jiwa seperti para sahabat amat susah...dan kita pn harus mendidik jiwa utk mencintai Islam lebih dari yg lain.lebih dari dunia.cuba mengajak yang lain juga. bukan hanya ada ilmu tp xdisebarkan.

Post a Comment

Jom beri pandangan anda tentang artikel ini :-)

 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger