Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Apa yang ditakuti Rasulullah suatu ketika dulu memang betul-betul telah terjadi...Sekarang apa pun tak apa. Asalkan kemenangan berpihak pada mereka. Walaupun penganiayaan, penipuan, penindasan, penderaan mental dan fizikal. Semua itu tidak perlu diambil peduli kerana kalau tidak dilakukan seperti itu kuasa akan beralih pada yang lain. Itu lumrah dalam kehidupan dunia hari ini. Sama ada di sekolah, universiti, tmepat kerja dan dalam politik. Siapa yang punya kuasa dan pangkat memang akan dilayan seperti Tuhan. Mereka lebih takut kepada yang berkuasa lebih dari Allah. Ingat ya...silap-silap boleh jatuh syirik. Syirik bukan hanya pada perkara-perkara yang berkaitan ilmu hitam tetapi takut pada manusia melebihi keyakinan kepada Allah SWT juga akan jatu pada syirik. Itu dah tergolong pada dosa besar.
Orang-orang yang ada kuasa ni dengan megah dan sombong mendabik dada seakan-akan mereka yang memerintah segalanya. Tetapi mereka lupa siapakah yang memberi kan nyawa untuk mereka terus bernafas dan mendabik dada? Allah SWT. Kadang-kadang Allah butakan hati manusia-manusia yang memang tidak mahu berbalik kepada hukum Allah SWT. Manusia yang menghina agama, manusia yang meletakkan agama diperingkat bawah. Masyallah...kasihan sungguh ya. Sesungguhnya pangkat dan harta itu adalah salah satu ujian kepada manusia. Takutlah pada dosa, takutlah pada azab. Allah tidak akan mensia-siakan doa hambanya yang teraniaya.
p/s Takut Allah tidak sudi memberi hidayah pada diri aku lagi...