Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Islamnya Seorang Pembedah Firaun Ramsess II

INGIN MEMANJAKAN DIRI DENGAN RAMUAN2 KLASIK? INGIN MENCANTIKKAN KULIT ATAU MENGURUSKAN BADAN DENGAN CARA TRADISIONAL? KLIK DISINI DAN LIHAT TAWARAN HEBAT! CEPAT...SEBELUM TAWARAN INI KEHABISAN!

Salam semua...maaf kerana lama tak update blog kerana ain ada komitmen lain yang perlu diuruskan. Namun hari ni ain ada info yang menarik untuk dikongsikan bersama semua pembaca. Tahukah anda siapa firaun Ramsess II? haa....masih ingatkah anda kejadian di mana laut terbelah dua? Ya kejadian sewaktu Nabi Musa serta pengikutnya ingin menyelematkan diri dari kekejaman sang raja firaun...dan kemudiannya firaun serta bala tenteranya tenggelam ditelan lautanyang terbelah itu...Itulah dia FIRAUN RAMSESS II.

JOM BERBLOGGING SAMBIL BUAT DUIT...MUDAH...TIDAK PERLU KELUAR DUIT TP KITA YG DAPAT DUIT....JOIN CHURP CHURP-CARA BARU MENJANA WANG TAMBAHAN

Allah SWT telah berfirman bahawa jasad firaun ini tidak akan reput walaupun telah ditelan lautan supaya seluruh umat manusia dari seluruh generasi boleh menyaksikan kebesaran Allah SWT ini. Inilah janji Allah yang pasti. Sehingga hari ini jasad firaun kejam yang mengaku dirinya tuhan ini hanya menjadi bahan pameran kepada seluruh umat manusia.

FIRAUN DIBEDAH
FIRAUN RAMSESS II


Akhirnya pada tahun 1975, kerajaan Perancis telah memohon dengan kerajaan Mesir untuk mengkaji mumia Ramsess II itu dan kerajaan Mesir mengizinkan. Setelah itu, kedatangan mumia itu ke negara Perancis disambut dengan besar-besaran di negaa Perancis. Kerajaan Perancis telah mengadakan pesta untuk menyambut mumia itu sehingga mereka tunduk hormat sewaktu mumia itu diusung di hadapan mereka. Begitulah sanjungan orang-orang kafir terhadap firaun yang hina itu.

Akhirnya para pakar bedah telah bergabung untuk melakukan operasi pembedahan ke atas mumia ini untuk mengkaji bagaimana ia terawet dan merungkai misteri proses pengawetan itu. Pembedahan yang penting ini telah diketuai oleh pakar bedah yang terkenal dari perancis bernama Prof Dr Maurice Bucaille adalah ahli bedah kenamaan Perancis dan pernah mengetuai klinik bedah di Universiti Paris.Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi bagi keluarga diraja arab saudi, Raja Faisal pada tahun 1973.
DR BUCAILLE
 Setelah berhempas pulas mengkaji dan membedah firaun itu akhirnya Dr Bucaille telah menjumpai sisa-sisa garam pada mumia itu. Perkara ini menjadi bukti bahawa Ramsess II pernah tenggelam di dalam laut sebelum di ambil dan di awetkan. Namun penemuan itu menjadi satu persoalan besar kepada Dr Bucaille. Beliau juga pelik bagaimana jasad ini masih berkedaan lebih baik dari mumia lain walaupun pernah tenggelam di dalam laut. Sangat menakjubkan.

Kemudian, Dr Bucaille telah menyiapkan kertas kerja yang bertajuk Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Baginya ini adalah penemuan baru dan besar. Melalui laporan yang hebat ini Dr Bucaille dianugerahkan penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. Namun setelah itu, seorang rakannya telah membisikkan kepadanya bahawa jangan terlalu berbangga kerana umat Islam telah mengetahui hal ini beratus-ratus tahun dahulu kerana telah tertulis di dalam Al Quraan, kitab kepercayaan umat Islam.

HIDAYAH ISLAM

Namun, Dr Bucaille masih bingung dan menentang keras fakta yang diberitahu sahabatnya itu kerana memikirkan kajian ini hanya dapat dibuktikan melalui peralatan yang canggih dan moden. Masakan beratus-ratus tahun dahulu telah wujud segala kemodenan yang ada pada masa sekarang. Penceritaan sahabatnya mengenai peristiwa firaun tenggelam dan mayatnya diselamatkan itu masih membuatkan Dr Bucaille pening kerana tidak dapat diterima akal. Masakan tidak pening, mayat itu hanya ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan Al Quraan telah wujud ratusan tahun dahulu.

Hati yang masih belum puas itu mendorong Dr Bucaille membuat kajian ke atas kitab Injil mengenai Firaun yang tenggelam ditengah laut disaat mengejar Nabi Musa dan pengikutnya. Namun penerangan dalam kitab injil ini hanya mengenai saat Firaun itu tenggelam bukan mengenai mayat firaun dan cerita selepas firaun tenggelam.
Ayat dari kitab injil:
“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Penerangan ini masih tidak memberi kepuasan kepada Dr Bucaille. Jadi semasa mengembalikan mumia firaun itu kepada kerajaan Mesir, Dr Bucaille telah mengambil peluang untuk bertemu ilmuan Islam bagi bertanya tentang Firaun Ramsess I, sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun dan pelbagai lagi maklumat mengenai sejarah Islam.


Kemudian salah seorang ilmuan Islam itu berdiri dan membacakan sepotong ayat dari Al Quraan:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”
ISLAM SAMPAI KE HATI

 Dr Bucaille terkejut mendengar ayat ini...namun dia mengakui ayat ini kerana dapat diterima akal dan dapat mendorong dunia sains untuk meneroka dengan lebih mendalam lagi. Akhirnya dengan penuh getar dan sebak Dr Bucaille melaungkan bahawa dia masuk Islam dan beriman dengan Al Quraan mulai saat itu.

Akhirnya pada tahun 1976, Dr Bucaille telah mengejutkan dunia dengan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge". Dr Bucaille dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille setelah pengislamannya. Melalui buku itu beliau telah membuktikan bahawa Al Quraan dan Sains sangat berkait antara satu sama lain dan Membuktikan bahawa kitab injil itu tidak setanding dengan Al Quraan.
BUKU DR BUCAILLE



“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Lihatlah bagaimana seorang yang hebat akhirnya tunduk dengan kebenaran Al Quraan...Beliau seorang yang sangat berpengaruh dalam dunia perubatan namun kerana keinginan beliau untuk mengkaji membolehkan hatinya menerima hidayah Allah SWT. Tidak malukah kita seorang yang memang dari asal lagi menjadi seorang Islam? Kita sanggup mempertaruhkan agama kita dengan benda yang ditentang agama. Kita sanggup merenadahkan maruah Islam. Kita sanggup mempermainkan agama. Betapa rendahnya moral kita sebagai seorang Islam? Kenapa kita sering tidak bersyukur dengan nikmat Allah? Kenapa kita tidak berusaha untuk mendalami agama. Tetapi lihat Dr Bucaille walaupun hanya setahun dia memeluk Islam namun keinginan dia untuk mengkaji menyebabkan dia dapat menerbitkan sebuah buku yang mengaitkan Islam dan Sains. Malulah kita wahai umat Islam yang sering merasakan kita paling hebat. Walhal kitalah orang paling rugi. Sering bergaduh sesama sendiri dengan hal-hal yang bodoh. Sering menyebarkan fitnah untuk berebut pangkat dan kuasa. Malulah kita pada Allah SWT.

Allah berfirman:
“Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, disaat apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92) 


P/S: AKU MALU PADA ALLAH DI ATAS KEKHILAFAN DIRIKU INI


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger