Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Pahlawan Abdullah bin Umar


Kenalkah anda dengan pahlawan Allah Abdullah bin Umar? Abdullah bin Umar lebih terkenal dengan panggilan Ibn Umar. Beliau seorang yang sangat anti kepada kekerasan terutamanya kekerasan yang berlaku dalam pertikaian sesama saudara Islam. Sesuai dengan agama Islam yang amat mencintai keamanan bukan?

Ibn Umar telah mendapat tawaran dari pelbagai jenis kumpulan politik yang berpengaruh di zamannya untuk dilantik menjadi khalifah tetapi ia ditolak oleh Ibn Umar. Telah diriwayatkan oleh Hassan ra bahawa setelah kewafatan Uthman bin Affan kerana dibunuh, sekumpulan umat Islam telah datang di depan rumah Ibn Umar untuk memaksa beliau menjadi khalifah. Mereka berteriak, "Saudara ialah pemimpin maka keluarlah supaya kami boleh menyuruh orang berbaiah kepada saudara." Ibn Umar membalas teriakkan itu dari dalam, "Demi Allah seandainya boleh, janganlah ada walaupun setitis darah yang tumpah disebabkan aku." Kumpulan itu masih tidak berpuas hati lalu mengancam untuk membunuh Ibn Umar di tempat tidur. Namun Ibn Umar tetap tidak berganjak dengan keputusannya. Akhirnya setelah penat memaksa kumpulan itu akhirnya bersurai.

Pada waktu yang lain pula, Ibn Umar mendapat lagi tawaran untuk menjadi khalifah. Ibn Umar memberi syarat iaitu jika perlantikkannya dipersetujui oleh seluruh kaum Muslimin tanpa sebarang paksaan, jika baiah terhadapnya diterima bukan dari ancaman oleh seseorang terhadap orang lain di bawah ancaman pedang maka dia akan menerima. Pastinya syarat ini tidak dapat dipenuhi kerana ketika itu umat Islam telah berpecah menjadi beberapa golongan dan salaing mengangkat senjata. Pada waktu itu ramai juga yang kesal dan ada yang berani mengherdik beliau, "Tak seorang pun perlakuannya lebih buruk terhadap umat manusia kecuali kamu."

Ibn Umar lantas berkata dengan kehairanan, "Kenapa? Demi Allah aku tidak pernah menumpahkan darah mereka, tidak pula berpisah dengan emaah mereka, apalagi memecah belahkan persatuan mereka?"
Ibn Umar menjelaskan bahawa dia tidak suka jika perlantikkannya ini ada sebahagian yang setuju dan sebahagian lain tidak setuju. Lebih-lebih lagi Ibn Umar memang menghindari jawatan pemimpin tertinggi umat Islam ini.

Sewaktu umurnya melewati usia 70 tahun, masih ada yang mengingini beliau menjadi khalifah. Ketika Mu'awiyah II, putera Yazid telah menduduki jawatan khalifah terlalu lama. Lalu Marwan datang menemui Ibn Umar untuk menawarkan jawatan itu kepadanya. Lalu Ibn Umar bertanya, "apa yang kita lakukan terhadap penduduk di bahagian timur?" Marwan menjawab, "Kita akan gempur mereka sehingga mereka setuju untuk berbaiah. Lantas Ibn Umar menjawab, Demi Allah dalam usiaku yang telah lewat ini aku tidak sanggup ada yang terbunuh hanya kerana aku. Lalu Marwan beralah dan pulang.

Sikap Ibn Umar ini adalah kerana beliau tidak ingin mencampuri dengan kekalutan antara pengikut Ali dan Mu'awiyah. Sikap ini ditunjukkan bila beliau berkata, "Siapa yang mengajak aku bersolat maka akan aku penuhi, siapa yang mengaja aku menuju kebahagiaan maka akan aku turuti tetapi jika ada yang mengajak aku bersubahat membunuh saudara seagama kita maka akan aku katakan tidak!" Penolakkan ini bukan menunjukkan sikap Ibn Umar yang lemah tetapi kerana beliau terlalu mencintai Islam dan tidak mahu umat Islam berpecah kepada beberapa golongan dan dia tidak akan berpihak kepada salah satu antaranya.

Tetapi Ibn Umar pernah mengucapkan pada akhirnya bahawa tidak ada sebarang perkara yang aku sesalkan kerana tidak kuperoleh selain tidak mendampingi Ali memerangi golongan penderhaka. Hal yang demikian adalah kerana Ibn Umar tidak mampu menghentikan peperangan lalu dia mengambil keputusan menjauhi semuanya. Seseorang menggugatnya dengan berkata kenapa Ibn Umar tidak membela Ali jika beliau merasakan Ali itu dipihak benar. Ibn Umar kemudian membidas dengan berkata, "Kerana Allah telah mengharamkan atasku menumpahkan darah saudara Muslim." Dibacanya pula surah al Baqarah ayat 193 yang bermaksud "Perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi fitnah dan hingga orang beragama itu ikhlas semata-mata kerana Allah."

Kemudian Abdullah bin Umar meneruskan, "Kita telah melakukan itu, memerangi kaum musyrikin hingga agama itu semata-mata bagi Allah tetapi sekarang untuk apa kita berperang? Aku mula berperang semenjak berhala-berhala memenuhi Masjidilharam dari pintu hingga ke sudut-sudutnya, hingga akhirnya semua dibasmi Allah dari bumi Arab. Sekarang apakah aku patut memerangi orang yang mengucapkan "LAA ILAAHA ILALLAH?"
Ibn Umar terkenal dengan sifatnya yang tidak mahu Islam berpecah - belah

p/s: Kita sangat suka bergaduh sesama Islam dan membenarkan orang kafir. Sedang kita menyembah tuhan yang sama tapi masih sempat menuduh orang itu sesat dan melemparkan fitnah-fitnah yang palsu. sesungguhnya jika kita mencari aib orang Allah akan membuka aib mu walaupun kamu berada di dalam rumah.






www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger