Allah Maha Besar |
Adakah trauma tsunami yang berlaku di Acheh akan muncul kembali? Semoga Negara kita di lindungi begitu juga dengan negara-negara yang lain.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah amaran Allah SWT disebabkan dosa-dosa yang kita lakukan. Maksiat semakin berleluasa sehingga tiada batasan. Kelab-kelab malam juga bertumbuh dengan semakin mudah dan syarat yang lebih longgar kerana Malaysia mahu menjadi hub hiburan. Masyallah.....takutlah kamu dengan azab-azab Allah SWT. Jangan bila Allah sudah mengirimkan bala kepada kita baru kita mahu bertaubat. Ingatkah kita kepada kisah firaun pada zaman Nabi Musa? Firaun yang sangat angkuh dan sombong itu akhirnya lemas bersama bala tentera apabila laut yang terbelah itu bertaut kembali. Pada saat itu firaun telah mengaku kesalahannya kepada Allah dan mahu bertaubat. Namun Allah tidak menerima lagi taubatnya dan Allah telah berfirman bahawa kita akan dapat melihat mayat firaun ini untuk pengajaran di masa akan datang. jadi janganlah kita memandang lekeh setiap larangan Allah SWT. Dunia ini hanya pinjaman dan Allah berhak menarik balik setiap kurniaanNya pada bila-bila masa sahaja. Sebenarnya setiap bencana alam yang berlaku adalah kerana kekuasaan Allah. Kajian saintis yang memberi sebab dari akal itu hanyalah sebagai asbab sahaja.
Kepada siapa kita memohon pertolongan pada waktu yang genting ini? Kepada Dia jua kita kembali |
Marilah kita menuju jalan yang benar |
Mari kita rewind balik di saat Allah menurunkan hujan yang lebat sehingga berlaku banjir pada zaman Nabi Nuh. Di saat itu bumi telah dipenuhi air dan hanya pengikut Nabi Nuh yang terselamat kerana menaiki kapal besar. Sebelum kejadian itu Nabi Nuh telah memberi peringatan kepada kaumnya namun kaumnya hanya mengetawakan Nabi Nuh serta mengatakannya gila kerana membina kapal besar ditengah-tengah bandar yang maju itu. Namun janiji Allah itu pasti, sesiapa yang masih degil dan tidak mahu beriiman kepada Allah akhirnya mati dalam banjir besar itu termasuk isteri Nabi Nuh sendiri. Kemudian Ingatkah kita kepada azab Allah yang menterbalikkan negeri Kaum Luth kerana kaum Luth mengamalkan seks homoseks iaitu melakukan hubungan seks dengan sesama lelaki? sekarang negeri yang terbalik itu menjadi laut mati. Tiada sebarang hidupan dalam laut itu dan tiada siapa yang dapat menyelam hingga ke dasar. mungkin jika dapat menyelam hingga ke dasar dapat dijumpai tinggalan kaum Nabi Luth itu. Lihatlah betapa besar kuasa Allah dan segalanya itu adalah benar. Semoga kita bertaubat sebelum Allah menurunkan bala. Sedarlah kita dicipta dengan kuasa Allah dan kita wajib taat kepada perintahNya. Jangan mengikut kepada sesiapa yang mengajak kita ke jalan yang sesat walau pemimpin kita sendiri. Sedangkan suami atau ibu bapa yang mengajak kita ke arah kemungkaran wajib kita jauhi dan tentang ini kan pula jika kita bergelumang dengan hidup maksiat kerana takut dikatakan mundur dan miskin. Ingatlah siapa yang berjuang di jalan Allah akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Berminat untuk memiliki IPHONE 4 dengan percuma? Tengok di sini
BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA DIGI...BANYAK GANJARAN PERCUMA YANG DITAWARKAN PADA MASA TERHAD SAHAJA (1 MAC-31 MAC). JADI CEPAT REBUT PELUANG NI. TENGOK DISINI
P/S: masa genting macam ni mungkinlah ingat Allah tapi bila redha sikit mula lah lupa Allah balik