Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Libya Bakal Menjadi Tawanan Barat

INILAH ANTARA SENJATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYERANG LIBYA

Ujian Allah tidak pernah terhenti. Namun setakat mana kita sanggup harungi itu yang menjadikan samada kita menang atau kalah untuk menjadi hamba yang beriman. Hari ini ain dapat berita yang amat menyedihkan. Kesedihan yang menimpa Jepun masih belum reda, timbul pula kejutan yang lain di mana tentera bersekutu telah menyerang libya. Masyallah....besar sungguh ujian mu Ya Allah....namun pasti ada kemanisan yang dijanjikan Mu....Hari ini tentera yang diketuai Perancis menyerang Libya kononnya kerana Gadaffi melanggar genjatan senjata PBB...Namun lihat saja mangsanya orang2 awam termasuk ulamak yang tidak berdosa...Sedihnya tidak terkata.

Ini hanyalah alasan barat yang kononnya mahu membantu Libya namun sebenarnya mahu mengaut keuntungan minyak di negara bergolak itu. Amerika pula menunggu masa untuk menyerang dengan teknologi yang tercanggih....Ya Allah peliharalah umat Muhammad dari kezaliman sang kafir....Sepatutnya negara luar tidak perlu masuk campur sehingga tahap ini jika mereka ingin menghentikan kekerasan Gadaffi itu. Tekanan yang seluruh dunia berikan rasanya cukup memberi impak besar kepada pemerintah yang zalim itu. Jadi tindakan tentera bersekutu menyerang Libya adalah amat tidak rasional dan sebenarnya membunuh lebih ramai manusia berbanding serangan yang dilakukan sesama mereka. Bukan ain menyokong mereka berperang sesama mereka cuma jika dibandingkan tentera barat yang masuk campur rasanya jauh lebih baik biarkan mereka selesaikan sendiri. Jika keadaan ini berterusan tidak mustahil Libya akan menerima nasib seperti Iraq. Sama-sama kita berdoa supaya umat Islam tidak dizalimi manusia kafir lagi zalim itu. Allahuakbar!

INTERNET MURAH DENGAN PROMOSI DIGI.CEPAT SEBELUM PROMOSI TAMAT.TENGOK SINI


SUKA TRAVEL?TP XDE DUIT? INI PELUANG ANDA..SERTAI CONTEST INI DAN TRAVEL BERSAMA MAS. CEPAT! TARIKH TUTUP CONTEST 1 APRIL 2011. REBUT PELUANG INI!
AMERIKA SEDANG MENANTI
p/s: inilah jadinya bila umat Islam tidak bersatu....senang2 je si kafir mahu cucuk jarum....!


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger