Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Kerinduan Yang Tiada Tandingan

Teringin nak memilki ipad, sony ps3 dan ipod touch?jom tengok ni untuk mendapat gadjet ni dengan percuma

JOM TUKAR HANDPHONE BARU DENGAN DISKAUN HEBAT!

Assalamualaikum semua...maaflah kerana minggu ni jarang update sebab ain agak sibuk sedikit. Hari ni ain nak berkongsi sebuah cerita yang kita boleh peroleh banyak manfaat darinya. Cerita tentang seorang hamba Allah bernama Darwis yang terlalu takut akan tidak sempat menghabiskan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.


Suatu hari as-Syibli sedang mengucap 'Allah' di hadapan orang yang mendengar syarahan beliau. Seorang darwis berdiri dan terus berkata: "Ucaplah kalimah syahadah."

As-Syibli berkata: "Bagaimana sekiranya saya mati sebelum menyebut Allah dan hanya sempat menyebut La illa ha (taida tuhan)?".

Perkataan as-Syibli itu sungguh mempengaruhi dan mempesonakan darwis itu. Rasa takut kepada Allah menyelubungi hatinya dan dia terus jatuh lalu meninggal dunia disitu juga.

Saudara-mara darwis  mengadu kepada khalifah mengatakan as-Syibli telah membunuh darwis itu. As-Syibli pun dipanggil menghadap khalifah. Beliau disuruh menjawab tuduhan keatasnya.

As-Syibli berkata: "Nyawa darwis itu dalam api dan dia dipanggang dalam kerinduan hendak bertemu Allah. Dia telah menceraikan diri dengan alam dan tidak berhajat kepada dunia lagi.

"Dia tiada tempat perlindungan dan pergantungan dalam alam ini. Dia bergantung pada Allah semata-mata. Oleh kerana kuatnya keinginan hendak bersama Allah, menyebabkan dirinya lemah dan tidak bedaya. Darwis itu tidak tahan mendengar perkataan saya dan sepintas pandangan dia telah melihat Allah. Sinaran Allah itu tidak tertahan olehnya. Badannya tidak tertanggung lagi lalu dia meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah."

Khalifah memerintahkan supaya as-Syibli pergi kerana perkataannya sangat berpengaruh dan mempesonakan. Khalifah khuatir jika as-Syibli terus juga bercakap, mungkin baginda sendiri akan jatuh pengsan.
  • As-Syibli di lahirkan di Baghdad, Iraq dan meninggal dunia dalam usia 87 tahun pada 846 Masihi. Beliau antara aulia dan ahli tasawuf terkenal serta bersahabat baik dengan al-Junaid yang mempunyai karamah luar biasa.
Dari kisah di atas dapat saya simpulkan beberpa perkara:
  1. Para ilmuwan dan pencinta agama sanggup mengorbankan apa sahaja demi cinta kepada Allah SWT
  2. Ulama pada masa dahulu memang berani dalam menyampaikan kebenaran walau perlu berhadapan dengan raja sekalipun. Bagi mereka gentar itu hanya berhak untuk Allah SWT
  3. Bagi Mereka Allah yang pertama dan hidup itu yang kedua.
  4. Manusia pada zaman sekarang dunia yang pertama dan Allah entah yang ke berapa
  5. Orang Islam pada zaman dahulu sentiasa berusaha menambahkan ilmu mereka supaya Islam sentiasa di atas.
  6. Orang Islam zaman sekarang sentiasa sibuk mencari ilmu duniawi dan menambah harta dunia sedangkan akhirat tidak disediakan bekalan langsung.
  7. Orang kafir pada zaman dahulu sentiasa rendah diri bila berhadapan dengan orang Islam
  8. Orang kafir zaman sekarang sentiasa menganggap orang Islam itu bodoh dan kolot kerana orang Islam sendiri tidak bangga dengan agama mereka.
  9. Dahulu apabila mendengar kalimah Allah seluruh tubuh akan gementar
  10. Sekarang bila mendengar azan terus tutup tv atau radio
Perbezaan ini adalah kerana penerapan agama dalam kehidupan, dalam pentadbiran, dalam pemerintahan kurang sama sekali dan kadang-kadang dilupakan. Kerana memikirkan jika terlalu menekankan soal agama dalam setiap aspek kita akan dianggap sebuah bangsa yang tidak maju dan kurang tamadun maka kita sanggup bersekongkol dengan kafir dalam soal mendidik masyarakat dan soal pendidikan serta pelbagai lagi perkara lain. Akhirnya sebuah bangsa itu hanya tinggal Islam pada nama bukan pada jiwa dan rohani mereka lagi. Jika kita buka My Space, kita akan dapat melihat betapa ramai remaja melayu yang hancur. Ada yang saya jumpa tidak segan silu menulis di bahagian interest mereka arak, seks dan sebagainya. Sungguh memalukan. Tapi perkara ini tidak akan berlaku jika kita di didik dari awal tentang agama. Tanggung jawab ini bukan hanya terletak pada ibu bapa tapi juga pada pemerintah sesebuah negara itu. Redha Allah tu lebih penting dari mendapat penghargaan atau pujian manusia di dunia ini kerana apabila Allah redha maka kita akan berjaya dunia akhirat. Jika kita mengaku kita Islam maka wajib kita yakin dengan kekuasaan Allah SWT.
Kerinduan itu hanya untuk Allah SWT

JOM BUAT DUIT DENGAN MELALUI BLOG. SENANG MUDAH DAN SEGALANYA PERCUMA


P/S: JANGAN JADI SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger