For All My Visiters

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan),

sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "bilakah datang pertolongan Allah?"

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

(Al-Baqarah : 214)

http://bilalocengberbunyi.blogspot.com/. Powered by Blogger.

Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Comments Adakah Begini Rupa Pengganas?

Semasa pertemuan Putera Bandar Sultan Abdulaziz Al-Saud dengan perdana menteri kita, perdana menteri kita telah bersetuju untuk menyokong setiap langkah yang diambil  oleh GCC bg menjaga kestabilan politik dan keselamatan negara. Malaysia juga mengutuk mana-mana kumpulan yang berkait dengan pengganas dan merosakkan kearmonian sesebuah negara. Mari kita lihat rupa pengganas-pengganas tersebut:
SUMBER DARI BLOG FAISAL TEHRANI






dan ini hasilnya setelah pihak berkuasa memerangi pengganas tersebut

p/s: gambar di atas hanya menunjukkan sedikit kekejaman yang berlaku di bahrain. Adakah kerana menuntut perubahan kuasa rakyat harus dilayan seperti ini? Adakah kerana berjuang menuntut keadilan mereka digelar pengganas? Adakah rakyat tidak boleh mempersoalkan kerajaan? Berfikirlah dengan lebih luas kerana Bumi ini milik Allah bukan milik manusia2 yang gilakan kuasa itu.
Read more


www.tips-fb.com

Comments Tutup ke Buka????

Dunia Sekarang segala-galanya mahu contohi barat. Walaupun dari segi pakaian yang terang melanggar syariat itu lah yang paling cantik. Kenapa kita tidak memartabatkan pakaian yang menutup aurat dan menjadi kebanggaan Islam? Cuba lihat gambar paramugari kita dan pramugari Iran

gambar-gambar ini ain jumpa sewaktu baca blog Dr Faisal Tehrani. Kredit untuk beliau.

mungkin gaya seperti ini menambahkan keyakinan

mungkin juga untuk membuat setiap penumpang selesa dengan kita
Adakah Gaya Ini Memalukan Kita Sebagai Orang Islam?

Mungkin Penampilan Seperti Ini Dianggap Kuno?
Buatlah perbandingan menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah SWT

p/s: Allah memandang kita dari takwa bukan dari berapa banyak kita dedahkan tubuh kita
Read more


www.tips-fb.com

Comments Libya Bakal Menjadi Tawanan Barat

INILAH ANTARA SENJATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYERANG LIBYA

Ujian Allah tidak pernah terhenti. Namun setakat mana kita sanggup harungi itu yang menjadikan samada kita menang atau kalah untuk menjadi hamba yang beriman. Hari ini ain dapat berita yang amat menyedihkan. Kesedihan yang menimpa Jepun masih belum reda, timbul pula kejutan yang lain di mana tentera bersekutu telah menyerang libya. Masyallah....besar sungguh ujian mu Ya Allah....namun pasti ada kemanisan yang dijanjikan Mu....Hari ini tentera yang diketuai Perancis menyerang Libya kononnya kerana Gadaffi melanggar genjatan senjata PBB...Namun lihat saja mangsanya orang2 awam termasuk ulamak yang tidak berdosa...Sedihnya tidak terkata.

Ini hanyalah alasan barat yang kononnya mahu membantu Libya namun sebenarnya mahu mengaut keuntungan minyak di negara bergolak itu. Amerika pula menunggu masa untuk menyerang dengan teknologi yang tercanggih....Ya Allah peliharalah umat Muhammad dari kezaliman sang kafir....Sepatutnya negara luar tidak perlu masuk campur sehingga tahap ini jika mereka ingin menghentikan kekerasan Gadaffi itu. Tekanan yang seluruh dunia berikan rasanya cukup memberi impak besar kepada pemerintah yang zalim itu. Jadi tindakan tentera bersekutu menyerang Libya adalah amat tidak rasional dan sebenarnya membunuh lebih ramai manusia berbanding serangan yang dilakukan sesama mereka. Bukan ain menyokong mereka berperang sesama mereka cuma jika dibandingkan tentera barat yang masuk campur rasanya jauh lebih baik biarkan mereka selesaikan sendiri. Jika keadaan ini berterusan tidak mustahil Libya akan menerima nasib seperti Iraq. Sama-sama kita berdoa supaya umat Islam tidak dizalimi manusia kafir lagi zalim itu. Allahuakbar!

INTERNET MURAH DENGAN PROMOSI DIGI.CEPAT SEBELUM PROMOSI TAMAT.TENGOK SINI


SUKA TRAVEL?TP XDE DUIT? INI PELUANG ANDA..SERTAI CONTEST INI DAN TRAVEL BERSAMA MAS. CEPAT! TARIKH TUTUP CONTEST 1 APRIL 2011. REBUT PELUANG INI!
AMERIKA SEDANG MENANTI
p/s: inilah jadinya bila umat Islam tidak bersatu....senang2 je si kafir mahu cucuk jarum....!
Read more


www.tips-fb.com

Comments Pemuda Kristian Masuk Islam Setelah Mencabar Dr. Zakir Naik Young


Diberi Hidayah oleh Allah setelah berniat untuk mencabar penceramah tersebut. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Alhamdulillah dia diberi cahaya kebenaran di situ juga. Allahuakbar!
pidato yang mantap mampu membuka hati yang tertutup dengan izin Allah SWT


p/s: Allah boleh mengubah segalanya sekelip mata sahaja. Jadi bersedia lah semua
Read more


www.tips-fb.com

Comments Video Bencana Tsunami-Hanya Allah Penyelamat di saat ini

Bayangkan jika kita berada di sini







Read more


www.tips-fb.com

Comments Foto-foto Tsunami di Jepun

Entry ini memaparkan foto-foto Tsunami yang melanda jepun. Sama-sama kita bermuhasabah.....

Read more


www.tips-fb.com

Comments Tsunami di Jepun- Amaran dan Peringatan dari Allah

Allah Maha Besar
Assalamualaikum semua...maaf kerana lama tak update blog ni sebab ain sibuk sedikit. Hari ni rasa terlalu risau bila tengok berita mengatakan Tsunami dengan magnitude sehingga 8.9 telah melanda jepun. Dikatakan ombak adalah setinggi 10 meter dan menjangkau terlalu jauh. Setakat berita pukul 12.00 pagi ni kematian telah mencatatkan sehingga 300 orang dan dijangka akan meningkat lagi. Yang paling menakutkan tsunami ni juga dijangka akan sampai ke Malaysia dan antara negeri yang dijangka terkena kelantan, terengganu dan sabah. Ya Allah Engkau lindungi lah kami di sini yang sentiasa lalai dengan suruhan Mu Ya Allah. Kami tahu ini adalah peringatan kepada kami yang hina ini. Semoga kami diberi peluang untuk kembali kepada jalan yang benar Ya Allah.
Adakah trauma tsunami yang berlaku di Acheh akan muncul kembali? Semoga Negara kita di lindungi begitu juga dengan negara-negara yang lain.



Apa yang berlaku sebenarnya adalah amaran Allah SWT disebabkan dosa-dosa yang kita lakukan. Maksiat semakin berleluasa sehingga tiada batasan. Kelab-kelab malam juga bertumbuh dengan semakin mudah dan syarat yang lebih longgar kerana Malaysia mahu menjadi hub hiburan. Masyallah.....takutlah kamu dengan azab-azab Allah SWT. Jangan bila Allah sudah mengirimkan bala kepada kita baru kita mahu bertaubat. Ingatkah kita kepada kisah firaun pada zaman Nabi Musa? Firaun yang sangat angkuh dan sombong itu akhirnya lemas bersama bala tentera apabila laut yang terbelah itu bertaut kembali. Pada saat itu firaun telah mengaku kesalahannya kepada Allah dan mahu bertaubat. Namun Allah tidak menerima lagi taubatnya dan Allah telah berfirman bahawa kita akan dapat melihat mayat firaun ini untuk pengajaran di masa akan datang. jadi janganlah kita memandang lekeh setiap larangan Allah SWT. Dunia ini hanya pinjaman dan Allah berhak menarik balik setiap kurniaanNya pada bila-bila masa sahaja. Sebenarnya setiap bencana alam yang berlaku adalah kerana kekuasaan Allah. Kajian saintis yang memberi sebab dari akal itu hanyalah sebagai asbab sahaja.

Kepada siapa kita memohon pertolongan pada waktu yang genting ini? Kepada Dia jua kita kembali


Marilah kita menuju jalan yang benar


Mari kita rewind balik di saat Allah menurunkan hujan yang lebat sehingga berlaku banjir pada zaman Nabi Nuh. Di saat itu bumi telah dipenuhi air dan hanya pengikut Nabi Nuh yang terselamat kerana menaiki kapal besar. Sebelum kejadian itu Nabi Nuh telah memberi peringatan kepada kaumnya namun kaumnya hanya mengetawakan Nabi Nuh serta mengatakannya gila kerana membina kapal besar ditengah-tengah bandar yang maju itu. Namun janiji Allah itu pasti, sesiapa yang masih degil dan tidak mahu beriiman kepada Allah akhirnya mati dalam banjir besar itu termasuk isteri Nabi Nuh sendiri. Kemudian Ingatkah kita kepada azab Allah yang menterbalikkan negeri Kaum Luth kerana kaum Luth mengamalkan seks homoseks iaitu melakukan hubungan seks dengan sesama lelaki? sekarang negeri yang terbalik itu menjadi laut mati. Tiada sebarang hidupan dalam laut itu dan tiada siapa yang dapat menyelam hingga ke dasar. mungkin jika dapat menyelam hingga ke dasar dapat dijumpai tinggalan kaum Nabi Luth itu. Lihatlah betapa besar kuasa Allah dan segalanya itu adalah benar. Semoga kita bertaubat sebelum Allah menurunkan bala. Sedarlah kita dicipta dengan kuasa Allah dan kita wajib taat kepada perintahNya. Jangan mengikut kepada sesiapa yang mengajak kita ke jalan yang sesat walau pemimpin kita sendiri. Sedangkan suami atau ibu bapa yang mengajak kita ke arah kemungkaran wajib kita jauhi dan tentang ini kan pula jika kita bergelumang dengan hidup maksiat kerana takut dikatakan mundur dan miskin. Ingatlah siapa yang berjuang di jalan Allah akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Berminat untuk memiliki IPHONE 4 dengan percuma? Tengok di sini

BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA DIGI...BANYAK GANJARAN PERCUMA YANG DITAWARKAN PADA MASA TERHAD SAHAJA (1 MAC-31 MAC). JADI CEPAT REBUT PELUANG NI. TENGOK DISINI

P/S: masa genting macam ni mungkinlah ingat Allah tapi bila redha sikit mula lah lupa Allah balik
Read more


www.tips-fb.com

Comments Dua Matahari Bertemu

Hari ni ain ada terbaca post kat blog mane tah pasal dua matahari terbit di taiwan. Fenomena luar biasa ini telah mengejutkan banyak pihak. Ada yang berpendapat penghujung dunia sudah semakin hampir. Para saintis pula mengatakan fenomena ini terjadi kerana pembiasan cahaya matahari oleh kristal ais di udara. Kejadian ini telah terjadi di Pulau Penghu. Pusat kaji cuaca Taiwan mengatakan ini hanyalah fenomena bayang-bayang. Walauapapun, bagi ain ini adalah satu lagi kebesaran Allah yang dapat kita lihat. Sama ada ini petunjuk dunia semakin berakhir wallahualam kerana itu bukan bidang kita. Apa yang perlu kita lakukan perbanyakkan ibadah kerana mati itu tidak mengenal waktu.


P/S: BANYAK LAGI PETANDA DUNIA SEMAKIN BERAKHIR YANG BOLEH KITA LIHAT TAPI KITA YANG MEMBUTAKAN MATA
Read more


www.tips-fb.com

Comments Kerinduan Yang Tiada Tandingan

Teringin nak memilki ipad, sony ps3 dan ipod touch?jom tengok ni untuk mendapat gadjet ni dengan percuma

JOM TUKAR HANDPHONE BARU DENGAN DISKAUN HEBAT!

Assalamualaikum semua...maaflah kerana minggu ni jarang update sebab ain agak sibuk sedikit. Hari ni ain nak berkongsi sebuah cerita yang kita boleh peroleh banyak manfaat darinya. Cerita tentang seorang hamba Allah bernama Darwis yang terlalu takut akan tidak sempat menghabiskan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.


Suatu hari as-Syibli sedang mengucap 'Allah' di hadapan orang yang mendengar syarahan beliau. Seorang darwis berdiri dan terus berkata: "Ucaplah kalimah syahadah."

As-Syibli berkata: "Bagaimana sekiranya saya mati sebelum menyebut Allah dan hanya sempat menyebut La illa ha (taida tuhan)?".

Perkataan as-Syibli itu sungguh mempengaruhi dan mempesonakan darwis itu. Rasa takut kepada Allah menyelubungi hatinya dan dia terus jatuh lalu meninggal dunia disitu juga.

Saudara-mara darwis  mengadu kepada khalifah mengatakan as-Syibli telah membunuh darwis itu. As-Syibli pun dipanggil menghadap khalifah. Beliau disuruh menjawab tuduhan keatasnya.

As-Syibli berkata: "Nyawa darwis itu dalam api dan dia dipanggang dalam kerinduan hendak bertemu Allah. Dia telah menceraikan diri dengan alam dan tidak berhajat kepada dunia lagi.

"Dia tiada tempat perlindungan dan pergantungan dalam alam ini. Dia bergantung pada Allah semata-mata. Oleh kerana kuatnya keinginan hendak bersama Allah, menyebabkan dirinya lemah dan tidak bedaya. Darwis itu tidak tahan mendengar perkataan saya dan sepintas pandangan dia telah melihat Allah. Sinaran Allah itu tidak tertahan olehnya. Badannya tidak tertanggung lagi lalu dia meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah."

Khalifah memerintahkan supaya as-Syibli pergi kerana perkataannya sangat berpengaruh dan mempesonakan. Khalifah khuatir jika as-Syibli terus juga bercakap, mungkin baginda sendiri akan jatuh pengsan.
  • As-Syibli di lahirkan di Baghdad, Iraq dan meninggal dunia dalam usia 87 tahun pada 846 Masihi. Beliau antara aulia dan ahli tasawuf terkenal serta bersahabat baik dengan al-Junaid yang mempunyai karamah luar biasa.
Dari kisah di atas dapat saya simpulkan beberpa perkara:
  1. Para ilmuwan dan pencinta agama sanggup mengorbankan apa sahaja demi cinta kepada Allah SWT
  2. Ulama pada masa dahulu memang berani dalam menyampaikan kebenaran walau perlu berhadapan dengan raja sekalipun. Bagi mereka gentar itu hanya berhak untuk Allah SWT
  3. Bagi Mereka Allah yang pertama dan hidup itu yang kedua.
  4. Manusia pada zaman sekarang dunia yang pertama dan Allah entah yang ke berapa
  5. Orang Islam pada zaman dahulu sentiasa berusaha menambahkan ilmu mereka supaya Islam sentiasa di atas.
  6. Orang Islam zaman sekarang sentiasa sibuk mencari ilmu duniawi dan menambah harta dunia sedangkan akhirat tidak disediakan bekalan langsung.
  7. Orang kafir pada zaman dahulu sentiasa rendah diri bila berhadapan dengan orang Islam
  8. Orang kafir zaman sekarang sentiasa menganggap orang Islam itu bodoh dan kolot kerana orang Islam sendiri tidak bangga dengan agama mereka.
  9. Dahulu apabila mendengar kalimah Allah seluruh tubuh akan gementar
  10. Sekarang bila mendengar azan terus tutup tv atau radio
Perbezaan ini adalah kerana penerapan agama dalam kehidupan, dalam pentadbiran, dalam pemerintahan kurang sama sekali dan kadang-kadang dilupakan. Kerana memikirkan jika terlalu menekankan soal agama dalam setiap aspek kita akan dianggap sebuah bangsa yang tidak maju dan kurang tamadun maka kita sanggup bersekongkol dengan kafir dalam soal mendidik masyarakat dan soal pendidikan serta pelbagai lagi perkara lain. Akhirnya sebuah bangsa itu hanya tinggal Islam pada nama bukan pada jiwa dan rohani mereka lagi. Jika kita buka My Space, kita akan dapat melihat betapa ramai remaja melayu yang hancur. Ada yang saya jumpa tidak segan silu menulis di bahagian interest mereka arak, seks dan sebagainya. Sungguh memalukan. Tapi perkara ini tidak akan berlaku jika kita di didik dari awal tentang agama. Tanggung jawab ini bukan hanya terletak pada ibu bapa tapi juga pada pemerintah sesebuah negara itu. Redha Allah tu lebih penting dari mendapat penghargaan atau pujian manusia di dunia ini kerana apabila Allah redha maka kita akan berjaya dunia akhirat. Jika kita mengaku kita Islam maka wajib kita yakin dengan kekuasaan Allah SWT.
Kerinduan itu hanya untuk Allah SWT

JOM BUAT DUIT DENGAN MELALUI BLOG. SENANG MUDAH DAN SEGALANYA PERCUMA


P/S: JANGAN JADI SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG
Read more


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger