Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Dari Pemain Bola Ke Banduan Akhirnya...?????

Salam kepada semua pembaca....tadi baca banyak info tentang manusia-manusia hebat yang mendapat hidayah Allah SWT untuk memeluk Islam. Antaranya ialah Marlon King seorang pemain liga Inggeris yang hebat akhirnya menemui sinar Islam di dalam penjara. benarlah apa yang dikata, hidayah Allah tidak mengenal sesiapa. walaupun dimana sahaja kita berada,semuanya mempunyai hikmah tersendiri.

pemain liga inggeris-Marlon King
Siapa sangka disebalik jeriji besi yang buruk dan kotor itu rupanya terdapat sina cahaya yang sangat hebat. Marlon King dipenjarakan setelah didapati bersalah memukul seorang wanita di sebuah bar di London. waktu itu dia baru sahaja meraikan kegembiraan di atas kehamilan isterinya dan juga kejayaannya menjaringkan gol untuk kelabnya. Selepas dijatuhkan hukuman, kelabnya terus memutuskan kontrak yang telah ditandatangani sebelum ini. Segala keperitan itu dibawa bersama ke dalam penjara sehingga la dia bertemu dengan seorang Islam yang tangannya kudung sebelah iaitu Abu Hamza Tariq, seorang pejuang Islam yang radikal di sana dan dijatuhkan hukuman selama 7 tahun mulai tahun 2006.

pejuang Islam- Abu Hamza Tariq
Marlon King kini dikenali sebagai Hamza telah menjalankan kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati dengan menjaga solatnya dan menuntut daging halal walaupun semasa dipenjara. Dia sering berbicara tentang perjuangan islam termasuklah kejadian 11 September. Marlon telah menyatakan akan mengubah keluarganya kepada Islam apabila keluar dari penjara kahir tahun ini. Dia juga sering memakai serban dan berjanji akan menderma sebanyak 25000 dolar untuk Afghanistan. Hamza tahu bahawa dia akan dibenci masyarakat dan kehilangan peminat apabila menyatakan ulamak Islam itu sebagai pahlwannya namun dia sudah bertekad untuk melalui semua itu. Semoga Allah memelihara keimanan saudara baru kita ini.

kisah seterusnya bersambung kemudian...


p/s:kita yang memang telah islam sejak awal semacam menganggap agama kita hanya sebagai warisan bukan kita bersungguh mempertahankannya....sedarlah...kematian itu tidak mengenal sesiapa...





www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger