Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Arak Halal Yang Haram

Arak halal....nama pn arak...apa yang halal nyer? Tengoklah betapa halus strategi orang-orang yang memusuhi Islam ni...ada aje agenda dia. Nak mempengaruhi mental orang-orang Islam yang tak pernah minum arak...minum jugak arak tetapi arak halal. Rupa-rupanya arak yang dikatakan halal tu mengandungi alkohol sebanyak 0.5% melebihi 0.01% yg dibenarkan di Malaysia (memg bnyk la maknanya kita mkn makanan ada alkohol ni huhuhu). 0.01% tu dikatakan tdk dpt dielakkan kerana kdg2 ia terjadi dlm makanan secara semulajadi (sy kurg pasti jugak ni)



Itulah, pesanan Rasulullah kita tak mahu dengar, kita buat bodoh. Dah tahu diri kita ni tak pandai kenapa tak nak follow aje guide yang telah ditinggal kan Rasulullah SAW....Hadis ada, Al Quraan pun ada.
"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?
Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekarang ini pun dah jelas kita suka dan bangga mengikut jejak langkah musuh Islam ini. Walaupun kita ingin kemajuan, jangan lah kita menjadi bodoh dengan membiarkan jiwa mereka menyerap dalam iman kita. Bacalah petikan berita di bawah ini


PADANG SERAI – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.
Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.
“Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam.
Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan ‘bir halal’ di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.
Akhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.
JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.
Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.
Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.
“Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan,” kata Jamil Khir.
Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak-pihak yang ghairah mempermainkan institusi Mufti dan melabelkan mufti ke taraf terendah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap dan menghina agama.
Di majlis itu, beliau turut menyampaikan barang keperluan dapur kepada 30 orang golongan susah dan warga emas pelbagai kaum.
Tururt hadir Naib Ketua UMNO Padang Serai, Mohd Bakri Hashim dan setiausaha, Drs Mohd Zubib Saad serta Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr Chin Tung Leong. – BERNAMA 


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger