Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Perjuangan Kita Bukan Perjuangan Wang


Satu lagi kuliah yang disampaikan oleh ustaz azhar. Seperti biasa cerama dan kuliah yang disampaikan oleh beliau tidak akan menghampakan...memang masuk isi yang nak disampaikan dan yang paling penting beliau dapat menarik pelbagai golongan untuk mendengar ceramah beliau. Insyallah Allah akan memberikan hasil kepada orang yang cuba mencari kebaikkan.

Seperti yang diberitahu oleh ustaz, perjuangan sesetengah pihak tidak ihlas kerana ia adalah perjuangan duit, bila tiada duit apa pun tiada. Tetapi untuk perjuangan yang ikhlas adalah untuk mengaplikasikan amal makruf nahi mungkar. Itulah tujuan kehidupan. Jangan kita hidup dengan hanya menghambakan diri pada dunia semata-mata...Masyallah sesungguhnya kita di dalam kerugian.

Sesetengah pihak juga seringkali bergaduh sesama sendiri dengan mengatakan bahawa dia tidak perlu berdakwah kerana dia sendiri masih belum suci dari melakukan dosa. Siapa diantara kita yang maksum? Masih adakah golongan Nabi dan Rasul yang wujud diatara kita? Setiap manusia melakukan dosa namun jika kita turut sama berdakwah walau sekecil-kecil dakwah insyallah, Allah SWT akan memberi petunjuk dan hidayah kepada kita. Jadi tiada lagi alasan untuk kita tidak menyebarkan perkara-perkara kebaikkan bahkan kita akan menjadi lebih malu untuk melakukan keburukkan.


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung. (Qs. Ali Imran:104)






www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger