Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

DOSA VALENTINE


Assalamualaikum sume...dah lama nk tulis blog cuma tak tercapai lg...biasa tulis notes lam FB (facebook) jer...hehehe...emmm rasa cm nk ckp pasal valentine day la...bkn pe..br ni dengar khutbah lam radio terengganu fm tu pasal valentine day ni...

memulakan...ain rasa ramai yg dah tahu asal terjadinya valentine day ni kan? or korang sume xnak ambil tahu? nk buat dek jer? nk buat xtahu...cmtu eh? setiap perkara yg kita lakukan perlu kita tahu sedikit sebanyak tentang perkara itu...xjadi mcm org bodoh..buat je..ikut org..tp xtahu pape...itu menjadikan kita termasuk dalam golongan orang2 yg rugi...

Kalau korang nak tahu sedalam2nya tentang sejarah hari valentine ni...korang boleh je tnya pakcik google...taip je sejarah hari valentine...tp ain akan meringkas kan di sini...so xdela korg yg xpenah tahu mcamana wujud hari kasih syg ni BLURRRR sgt kn...

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..




ada juga versi dimana pada 14 Februari 270 Masihi,St.Valentine dibunuh kerana pertelingkahan dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius 2, pada waktu itu Raja Claudius 2 telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dengan peperangan. Disebabkan larangan itu St.Valentine dan St.Marius telah mengahwinkan orng-orng Kristian secara rahsia. Akibatnya, St.Valentine ditangkap,disebat hingga mati dan dipenggal kepalanya pada 14.2.270M.Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan, maka pada 14 Februari dijadikan hari memperingatinya sebagai acara keagamaan.

Walau apa pun kisahnya..yang pasti sejarah VALENTINE DAY ini sangat berkait dengan agama kristian dan paderinya yang mashur..Jadi adakah elok dan molek kiranya kita mengikut telunjuk mereka? Malahan valentine day ini sendiri menggalakkan berlakunya maksiat. Pada hari ini silelaki akan memujuk siwanita untuk membuktikan cintanya itu dengan menyerahkan tubuh mereka...masyaallah...keji dan jijiknya...ada apa dengan valentine sehingga sanggup mempertaruhkan maruah wanita yang tinggi itu?

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


Kita sebagai orang Islam sepatutnya buka mata...buka minda...kenapa mesti kita terikut-ikut dengan budaya orang bukan Islam? Kita ada batasan...Islam itu ada larangannya..dan telah jelas tentang haram itu...sudah lah menyambut hari keagungan kristian..kemudian...ada pula disusuli adegan2 maksiat...dan yang menanggung akibatnya adalah PEREMPUAN!

Sedarlah...bila kamu mengandung...lelaki akan lepas tangan...kamu ingat mereka hendak menjadikan kamu isteri? bawa kamu berjumpa dengan keluarga dengan mengusung perut? Jangan diimpikan perkara itu...Keseronokkan yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal...Yang kekal adalah kejahilan dan kebodohan...

“Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”



Berdua-duaan akan mengundang makhluk ketiga(syaitan)...Nafsu akan membatasi segalanya...dan akhirnya zina akan berlaku....seterusnya bayi yang lahir akibat perbuatan kotor itu dibuang...dibunuh...walhal bayi itu tidak bersalah

sesungguhnya pembunuh bayi ini lebih teruk dari binatang

Nilai kasih sayang itu suci dan ia tidak ternilai dengan menggadaikan sebuah maruah. Maruah yang sepatutnya kita jaga sebagai lambang kesucian seorang wanita dan Sesungguhnya sesiapa yang melindungi maruah dirinya dari dikotori oleh orang lain maka dia adalah orang-orang yang hebat...dan sesungguhnya akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah....

Usah lah kita terjebak dengan perayaan kristian ini...Kasih sayang tidak perlu diucapkan hanya untuk sehari...tetapi perlu diucapkan sepanjang hidup kita melalui cara yangg diredhai bukan dengan cara yang jelas haram...berkhalwat...bercumbu..berzina...Ini semua agenda orang kafir untuk memusnahkan umat Islam..sedarlah..masih belum terlambat...

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Islam tidak pernah mengatakan perlunya ada sambutan-sambutan khas seperti ini kerana Islam sentiasa menganjurkan kita menyayangi sesama muslim dan sentiasa mencintai saudara-saudara seagama...

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari)


Tangisi lah setiap perbuatan khilaf kita yang telah lalu...dan mohonlah ampun padaNya..Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger