Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Antara Kejatuhan Sebuah Pemerintah dan Kuasa Facebook

Assalamualaikum
Facebook senjata bahaya, begitulah tajuk salah satu berita daripada kosmo online yang ain baca ( Lihat Sini ). Pada aku facebook ini boleh menjadi tempat mengumpul dosa namun sebenarnya ia juga boleh menjadi tempat menyampaikan dakwah. Selain itu di sini sahaja rakyat boleh menunjukkan apa yang mereka ingin kan. jadi adakah jika ada medium di mana rakyat boleh menyalurkan pandangan mereka secara beramai-ramai dikatakan bahaya?

Jika sesebuah kerajaan yang tidak betul itu jatuh kerana pemberontakkan rakyat bermula di laman sosial internet, itu bukan silap laman sosial atau rakyat tetapi itu adalah kesalahan besar pemerintah yang tidak pernah memikirkan hati dan perasaan rakyat. Apabila rakyat melakukan demonstrasi untuk meluahkan ketidakpuasan hati dikatakan salah dan akan ditangkap maka mereka memikirkan medium yang terbaik yang tidak memerlukan mengadakan demonstrasi jalanan dan internet adalah medium terbaik.

Pada pendapat saya jika sesebuah kerajaan itu sentiasa mendahulukan rakyat maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kemantapan yang ditunjukkan dalam corak pentadbiran adalah kuasa supaya rakyat lebih setia pada sesebuah kerajaan itu. Jadi janganlah kerana takut apa yang terjadi kepada negara-negara yang mengalami gelombang kebangkitan rakyat itu maka diletakkan kesalahan di atas satu benda yang tidak bernyawa. Facebook hanyalah medium untuk menyampaikan. Sama ada ia betul atau tidak biar rakyat yang menilai. Jika hanya disogok melalui televisyen dan akhbar-akhbar maka penipuan adalah semakin hebat sebenarnya sehingga rakyat buta untuk melihat kebenaran. Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah.

Sesungguhnya sebuah kebenaran itu kadang-kadang tidak terbahas dengan kuasa akal dan dengan kuasa akal juga dapat mewijudkan sebuah penipuan yang besar. “Sesungguhnya Bani Israel berada dalam kelurusan, sehingga lahir dalam kalangan mereka anak-anak tawanan dari kaum-kaum lain. Lalu mereka mengambil (agama mereka) berdasarkan pandangan akal. Kemudian mereka sesat dan menyesatkan”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 37592).

p/s: Jadikan internet sebagai medium untuk menyampaikan kebenaran yang kadang-kadang tidak dapat kita perolehi diluar. Hanya dengan cara ini sebuah penipuan dapat terungkai. Jadikan AlQuraan dan Sunnah sebagai pegangan hidup kita.


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger