Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

The Revolution of Egypt

Hari ni ain nak kongsi dengan pembaca semua tentang sebuah video yang telah dibuat oleh seorang pelajar perubatan dari universiti Alexendria. Walaupun baru berumur 20 tahun namun pelajar ini mempunyai inisiatif untuk membuka fikiran seluruh masyarakat tentang perngorbanan yang dilakukan oleh insan-insan yang berjuang menuntut keadilan. Video yang memaparkan pengorbanan yang dilakukan oleh masyarakat Mesir untuk menumbangkan Hosni menonjolkan pengorbanan sesama manusia yang sanggup mati untuk membolehkan generasi lain terlepas dari kekejaman Hosni.
Saksi kan sebuah dokumentari pendek ini yang diberi nama Egypt Revolution 2011 Official Movie ثورة مصر العظيمة



Apa pun diharapkan negara-negara lain dapat mengambil iktibar atas apa yang terjadi. Jangan hanya mempergunakan rakyat untuk memberikan hasil kepada negara yang kemudian hanya dibolot oleh puak-puak atasan sehingga dapat mengumpul harta sehingga beratus-ratus juta. Ini adalah kenyataan yang sebahagian besar kumpulan parti pemerintah mempunyai sejumlah wang kekayaan yang disimpan di bank-bank luar negara. Sedang rakyat tidak mendapat hak yang sepatutnya.

Seorang pemimpin diperintahkan oleh Allah untuk menjadi ayah kepada seluruh rakyat mereka dan tidak hanya memikirkan untuk memberi kesenangan kepada kaum kerabat mereka sahaja. Kenapa tidak diambil contoh Rasulullah selaku pemimpin yang agung dan juga contoh sahabat-sahabat Rasulullah yang lain? Tiket sebagai presiden tidak sepatutnya digunakan untuk memperdaya rakyat dengan slogan-slogan tertentu namun hakikatnya tiada. Janganlah hanya mendengar kata si Merak sedangkan Si Gagak yang menunggu terlalu lama tidak diendahkan. Dengarlah suara hati rakyat dan apabila rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati janglah terus mengecop mereka sebagai penderhaka. Adakah kami sebagai rakyat tidak boleh menegur sebuah kepemimpinan hanya kerana kami seorang nelayan? hanya kerana kami hidup miskin? hanya kerana kami tidak berpelajaran tinggi? Bukankah tanggungjawab pemimpin untuk memastikan rakyat mendapat hak yang rata?

Kuasa ekonomi yang tidak menentu sebenarnya menekan jiwa rakyat. Dengan pendapatan yang tidak bergerak sedangkan harga barang semuanya naik bagaimana kami mahu hidup selesa? Padahal para kumpulan menteri hidupnya senang lenang di dalam rumah-rumah besar dan sentiasa disejukkan dengan aircond dan dilayan seperti raja. Pada masa yang sama rakyat terpaksa menghitung sama ada perbelanjaan bulan ini cukup atau tidak. Bebanan seperti ini sebenarnya akan membuatkan rakyat memberontak. Adil lah dalam memerintah. Kami tidak minta kamu menjadi seperti Umar Al Khattab...Kami juga tidak pernah meminta kamu setulus Umar Abdul Aziz kerna kami tahu siapa kamu? Tapi fikirlah keperluan kami...fikirlah tanggungan yang perlu kami pikul...Patuhilah syariat Islam...dan Jangan mempersendakan hukum agama. Apabila seorang pemerintah takut pada azab Allah maka corak pemerintahan akan bertukar...PASTINYA....Fikir-fikirkanlah...

Seorang ayah akan memimpin ananknya di jalan yang diredhai

p/s: Aku hanya mengadu pada yang Esa


www.tips-fb.com

comment 2 comments:

sabri as sobar on February 22, 2011 at 4:57 AM said...

salam kak...link blok kak sy bubuh dkt blog list dlm page sy...bereh

ainashikin said...

buleh2...tp follow la blog akak skali...:-)

Post a Comment

Jom beri pandangan anda tentang artikel ini :-)

 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger