Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Senarai Antivirus Percuma Untuk PC/Laptop Kita PART 1

Salam semua :-)
Alhamdulillah dengan izin Dia dapat saya menulis untuk entry kali ini.Pada entry kali ni, ingin saya kongsikan dengan semua pembaca mengenai antivirus2 percuma untuk melindungi laptop/pc kita. Pada masa sekarang virus2 yang muncul mampu merosakkan sistem2 dalam pc/laptop dan akibatnya mungkin file2 penting akan hilang atau lebih buruk lagi terpaksa format laptop/pc tanpa sempat kita backup/simpan document2 kita yang penting. Oleh itu amat mustahak kita memiliki sekurang2nya perlindungan asas sebagai langkah berjaga-jaga. Jika kita pandai menggunakan kelebihan teknologi internet ni memang kita tidak perlu lagi beli antivirus atau internet security di kedai.hanya search and install antimalware,antivirus dan sebagainya.Saya punya beberapa list free antivirus yang boleh anda pilih untuk di install dalam pc/laptop anda.

Untuk PART 1 ni saya akan listkan 5 antivirus. Pada masa akan datang saya akan list kan 5 lagi Jadi anda perlula sentiasa mengikuti blog saya ini untuk mendapatkan update2 yang terbaru

1. AVAST HOME FREE
 Kepada sesiapa yang memang rimas dengan arahan2 seperti install toolbar dan mendapat iklan2 yang tidak diperlukan di email sesuai la menggunakan Avast ni. Kelebihannya adalah apabila kita insyall program ni tiada tambahan2 lain yang menyemak.hanya program antivirus sahaja. Ia akan update secara automatik dan scan juga automatik. Anda juga boleh menjadualkan waktu2 yang sesuai untuk scan laptop/pc anda. Ia juga mampu menyelamatkan dokumen walaupun infection yang terkena itu degil. Selain itu anda tidak akan mendapat email2 yang menyemakkan kotak msg anda selain confirmation msg
Download Here: File Hippo | Softpedia

2. AVG FREE


Avg adalah antivirus yang popular di kalangan pengguna window sejak bertahun-tahun yang lalu. AVG adalah sebuah program yang tidak memberatkan laptop/pc anda dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk menggunakannya.hanya download dan install. AVG melindungi laptop/pc daripada diserang virus atau malware yang lain. File virus definitionnya juga diupdate secara automatik. jadi anda tidak perlu bimbang jika virus yang menyerang itu adalah virus-virus yang baru. pengguna juga boleh menetapkan jadual supaya sewaktu AVG menjalankan aktiviti scan tidak mengganggu tugasan anda dan sesuai juga kepada pengguna yang sentiasa lupa untuk scan pc/laptop. hal ini menyebabkan pc/laptop bermasalah di kemudian hari. AVG ver. 8 ini juga didatangkan dengan pilihan untuk install toolbar. toolbar ini menyediakan security apabila kita search sesuatu website yang mungkin akan mengandungi virus2 merbahaya. pastikan anda pilih untuk tidak install toolbar jika anda tidak menginginkannya.
Download Here: File Hippo | Softpedia


3. Avira AntiVir

Antivirus yang dikenali sebagai sebuah antivirus yang ringan tetapi pantas menghapuskan virus dengan tepat dan dapat melindungi pc/laptop daripada diserang oleh sebarang virus dan malware. Interfacenya yang tidak rumit dan memudahkan pengguna untuk menggunakannya menjadikan ia sebagai pilihan buat pengguna yang baru berjinak2 dengan dunia komputer. Tetapi apabila anda menggunakan avira, iklan product avira akan keluar pada sebarang masa dan ia agak mengganggu tumpuan kita untuk menyiapkan kerja yang sedang dilakukan.namun ia bukan masalah besar untuk sesiapa yang lebih mementingkan perlindungan pada pc/laptop. 
 Download Here: File Hippo | Softpedia


4. BitDefender

 Selain melindungi dari virus dan malware, BitDefender juga punya ciri2 istimewa iaitu memantau web traffic dan outbound mail. Engin pengimbasan dan pengesanan yang cepat dan setanding dengan jenama yang lebih terkenal.  
Download Here: File Hippo | Softpedia


5. Comodo Internet Security


Comodo adalah antivirus yang juga bertindak sebagai internet security. firewall comodo bertindak dengan sangat baik dan kuasa perlindungannya sangat tinggi sehingga kadang ia mengesan program yang bukan virus sebagai virus yang mengancam dan ia akan blok program itu daripada berjalan. oleh itu jika tidak mahu install firewall anda boleh memilih untuk hanya install antivirus semata-mata.
 Download Here: DOWNLOAD | Softpedia


P/S:SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN PEMBACA. NANTIKAN SAMBUNGANNYA PADA POST AKAN DATANG.


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger