Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

MAHKAMAH BARU CAKAP HOSNI MEROSAKKAN NEGARA????SEMUA HIPOKRIT

Assalamualaikum semua....hemm...ni baru ada peluang sikit nak update blog..before ni sibuk...pastu penat terus idea hilang...hihihihi...anyway, hari ni rasa nak tulis pasal parti Hosni Mubarak dibubarkan oleh mahkamah di sana. saya memetik kata-kata hakim mahkamah tersebut:


"Ia (parti itu) menerapkan dasar yang memperkukuhkan kepimpinan diktator dan memonopoli kuasa.

"Parti itu menipu pilihan raya dan mengawal parlimen dan merencatkan ekonomi dan sosial negara,"
Untuk pengetahuan semua, pejabat parti ini yang terletak berhadapan dengan sungai Nil akan dijadikan muzium.

Jadi kepada pembaca sekalian yang budiman, apa yang kita boleh jadikan pengajaran melalui hal ini?

  1. pemerintah yang tidak memahami hati rakyat mungkin akan dapat bertahan dengan cara memperbodohkan rakyat namun tidak selamanya rakyat sanggup menjadi boneka
  2. memerintah dengan cara yang kotor sememangnya tidak diredhai Allah dan akhirnya akan menemui kegagalan
  3. pemerintah perlu sedar bahawa menjadi seorang khalifah itu tidak mudah dan bukan tiket untuk bersenang lenang namun ia adalah suatu amanah yang hanya dipikul oleh orang yang berani untuk menegakkan agama dan menjaga kebajikan rakyat
  4. kepada semua menteri samada luar negara atau dalam negara sendiri yang beragama Islam...Diharap tidak akan menolak agama keluar semata-mata mahu dikatakan maju. Jangan jadi seperti Kemal Atartuk yang pernah mengeluarkan kata-kata berbunyi
"untuk maju kita perlu pisahkan agama dan politik, untuk maju jangan libatkan agama dalam pentadbiran"

Sesunguhnya ajaran Allah itu adalah ajaran yang lengkap untuk segala-galanya. Tiada kekurangan sedikit pun. Malahan kejayaan dan kegemilangan orang Islam pada masa dahulu adalah kerana mereka percaya sepenuhnya dengan kekuatan agama. Oleh kerana itulah orang-orang kafir amat memusuhi umat Islam....

Oleh kerana Islam itu sendiri bersifat sempurna maka janganlah kita memandai mahu menambah atau mengurangkan dari pada hukum yang asalatau mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kenyataannya pada masa sekarang, hukum agama yang dilaksanakan adalah dipilih. Mana yang dirasakan mahu dilaksanakan mereka lakukan...mana yang tidak mereka sorokkan sehingga kita tidak tahu wujudnya undang-undang itu dalam Islam. Sesunguhnya manusia pada masa sekarang memang tidak takutkan Allah SWT...Islam hanya pada nama. Ini adalah kenyataan dunia sekarang. Hiburan diutamakan dari majlis-majlis agama. Mempromosikan fesyen yang kononnya islamik tetapi ibarat memakai baju tetapi TELANJANG.

Sebenarnya kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat. Jangan menidakkan apa yang telah Allah tetapkan. Jangan putar belitkan fikiran. Pememrintah seharusnya memberi peluang kepada rakyat untuk mendalami agama tanpa batasan. Ini, lulusan agama seperti kurang mendapat tempat dalam masyarakat manakala pandangan-pandangan ulama atau mufti yang agak tegas ditolak ketepi. Padahal ulama dan mufti itu penyambung kesinambungan perjuangan Rasulullah SAW.

Berbalik kepada kejatuhan kuasa pemerintahan Hosni Mubarak, jika pemberontakan yang dimulakan oleh penjaja ini tidak dilakukan...anda rasa bahagian penghakiman berani bersuara seperti ini? Jika mereka berani sudah lama Hosni jatuh dari pemerintahan. Mereka hanya sedap mengeluarkan kata-kata kerana Hosni sudah tidak berkuasa. Pembodek-pembodek seperti ini yang sebenarnya menghancurkan pentadbiran dalam sesebuah negara. Perkara yang terjadi ini sebenarnya kita boleh ambil iktbar. Bukan lihat dan putar belit. perkara yang benar perlu diwar-warkan. Apa yang diharap, pemerintahan biarlah berteraskan Islam 100%. Sesungguhnya undang-undang Allah itu lebih baik dan lengkap dari segala yang lain.

P/S: DULU SEMUA BETUL...SEKARANG SEMUA SALAH...HIPOKRIT SEMUA.....HIPOKRIT TERGOLONG DALAM.....FIKIR2 KAN LAH


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger