Lihatlah apa yang pemimpin Libya ni buat kepada rakyatnya. Baginya nyawa rakyatnya itu langsung tiada harga. Hanya nyawa orang-orang yang berpangkat besar sahaja yang berharga. Sanggup seorang pemimpin mengarahkan tentera supaya mengebom rakyat yang tidak berdaya itu. Gambar-gambar ini saya ambil dari blog Faisal Tehrani, http://tehranifaisal.blogspot.com.
Lihatlah video berdarah ini dan fikirkan kenapa fatwa membunuh Gadaffi itu dikeluarkan oleh Yusuf Qaradhawi. Lihat sini.
Masa hidup tak ada pun buat amal sebanyak mana tetapi bila sudah meninggal kuburnya mengalahkan wali Allah, mengalahkan ulama, mengalahkan kubur-kubur para syuhada. Kuburnya disimen, diletakkan batu marmar, diukir dengan tulisan-tulisan yang cantik kemudian design kubur pula macam nak buat sebuah monumen peringatan negara. Sesungguhnya semua itu dosa dan telah dilarang oleh Rasulullah dengan jelas. Hari ini macam-macam perkara yang diharamkan berkaitan dengan hal perkuburan dilakukan. Hal ini mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun masih lagi ingin bermegah-megah walaupun di perkuburan.
Dari Abdullah bin Hasanah berkata: “Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur.
Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah SAW mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61)
Lihat sahaja ayat ini. Jelas dituliskan Uthman telah memerintahkan bahawa setiap kubur diratakan tanahnya. Jadi haram sebenarnya kita membuat batas atau meninggikan tanah perkuburan. Apatah lagi membuat simen di atasnya. Hadis di atas juga jelas menunjukkan betapa seriusnya hal ini sehingga dinyatakan bahawa jangan biarkan walau satu kubur sehingga semua kubur-kubur itu diratakan.
Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar ra setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.
Ini satu lagi masalah dalam kalangan Islam samada di Malaysia atau di mana-mana sahaja. Bila seseorang meninggal, sebelum dibina atap di atas kubur tersebut pasti memayungkan kubur itu dengan payung. Apa mereka fikir dapat meneduhkan mayat itu? Jika simati banyak berbuat kebajikan dan seorang yang mencintai Allah dan Rasul, kita tidak perlu bersusah payah membinakan sebarang perkara untuk simati kerana ganjaran Allah itu lebih hebat. Manakal kalau simati tu memang seorang yang kufur, buat la apa pun dia pasti diseksa di alam sana. Hanya amal di dunia yang dapat memayungkan kita. Apabila kita meninggal kita sudah tiada hubungan dengan dunia. Jadi kalau letak payung pun tidak akan rasa sejuk. Tetapi jika kita selalu mendoakan kebaikkan untuk simati insyallah doa itu boleh menjadi penolongnya di alam sana. Ini berhabis duit kemain banyak tapi doa tak pernah lekat pun bila selesai solat. Tidak perlu tunggu ziarah kubur pun kalau kita nak berdoa. Sebelum tidur pun kita boleh berdoa.
Dari Jabir ra, dia berkata: “Rasulullah SAW telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
“Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Surah Al-Qasas :76)
Satu lagi amalan yang cukup disukai oleh orang-orang melayu kita ni adalah membawa bunga berjambak-jambak ke kubur. Padahal perkara ini adalah mencontohi cara orang kafir dan membazirkan harta benda. Tidak perlu kita membazir untuk perkara yang sia-sia. Mayat tu dah tidak boleh bangun untuk ucap terima kasih kepada sesiapa yang menghadiahkan bunga di atas kuburnya itu. Selain itu, ramai yang ingin menunjukkan kekayaan mereka dengan membina kubur dari marmar. Walauapapun yang kita lakukan semua itu sudah tidak berguna jika amalan kita tiada. Anak-anak pun tidak perlulah nak menunjukkan kasih sayang dengan membina kubur yang gah kepada ibu bapa mereka kerana semua itu tiada erti jika mereka tidak menjadi anak yang soleh atau solehah.
Inilah contoh perkuburan di Arab masih mengekalkan ciri-ciri kubur di zaman Rasulullah SAW
p/s: Kadang-kadang kita memang sengaja lupa kerana adat itu lebih penting dari yang telap ditetapkan agama, kerana duniawi itu masih dalam ingatan walau kita sedang berada di dalam majlis kematian, kerana ingin menunjukkan kehebatan di mata setiap yang datang menziarahi kubur itu.
Assalamualaikum semua...hari ini ain dah pening kepala ubah setting blog ni...almaklumla hamba ni bukannya terror mana pun...jadi bila dah penat otak mahu rehat ain tonton lah sebuah drama yang ain download ni. Tajuk drama ni Kashaf Amani. Ain nak bagi korang semua tengok juga la ni...sabar ye. Cerita ni mengisahkan kehidupan keluarga yang kacau-bilau bilamana anak-anaknya kurang ajar dan mengamalkan hidup bebas. Salah seorang anak yang kurang ajar ni bernama Kashaf. Kashaf ni adalah seorang anak luar nikah. Di situ lah timbul konflik bilamana siibu melebihi anak keduanya yang bernama Syamin(perempuan) kerana anak itu sah taraf. Jadi nak dijadikan cerita, mereka ni hidup dalam suasana yang kurang didikan agama. Akhirnya pada suatu hari Kashaf ditikam di atas perbuatan jahat Farouk(Taiko Dadah). Sebelum itu, Kashaf ni telah bergaduh dengan keluarganya dan mengecilkan hati ibunya. Oleh sebab itu setelah dtikam, roh Kashaf berlegar-legar kerana masih belum sempat memohon ampun dengan ibunya. Sebenarnya Kashaf tidak mati dan dia hanya koma. Di atas pertolongan Sharifah Amani dia dapat menyampaikan isi hatinya kepada siibu. Tetapi masih belum berakhir di situ. Nak tau kesudahan download la cerita tu di sini ( TEKAN SINI ).
Banyak Pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ini. Suasana dalam kehidupan banyak mempengaruhi cara hidup remaja masa kini. Terlibat dengan dadah, arak dan seks bebas kerana kecelaruan dalam hidup mereka. Tiada siapa yang membimbing dan menunjukkan jalan yang benar. Pusing kanan pusing kiri semua orang yang serupa perangainya. Tetapi jika Allah memilih untuk memberikan hidayah tiada apa yang dapat disangkal. Selain itu, kita perlu ingat seburuk mana pun ibu kita, kita tidak berhak menghinanya kerana ibu telah berkorban nyawanya untuk melahirkan kita dan membesarkan kita. Jasa ibu tidak akan terbalas walau digantikan dengan nyawa kita. Jika ibu tidak redha maka Allah pun tidak akan redha dengan kita. Jika Allah tidak redha maka tidak akan dapat kita mencium bau syurga apatah lagi untuk masuk ke dalamnya. Ibu juga perlu selalu mendoakan kebaikkan untuk anaknya kerana doa itu tiada hijab dan doa seorang ibu itu dapat melembutkan hati anak yang keras seperti batu. Seburuk-buruk anak adalah darah daging siibu juga.
kredit kepada blog http://tehranifaisal.blogspot.com/
Apa yang datang ke benak fikiran anda setelah melihat gambar di atas? takut, ngeri, benci, sedih atau perasaan anda telah mati? Ini lah antara kekejaman tentera Bahrain yang telah memaksa 5 menteri kabinetnya meletakkan jawatan. Pasukan perubatran juga dihalang untuk memberi rawatn kepada mangasa yang cedera. Seharusnya kekejaman ini dilenyapkan....
p/s: Sekiranya hati telah ditutup dengan ketamakan kuasa maka hidayah Allah tidak akan singgah untuk bertamu....
Hari ni ain nak kongsi dengan pembaca semua tentang sebuah video yang telah dibuat oleh seorang pelajar perubatan dari universiti Alexendria. Walaupun baru berumur 20 tahun namun pelajar ini mempunyai inisiatif untuk membuka fikiran seluruh masyarakat tentang perngorbanan yang dilakukan oleh insan-insan yang berjuang menuntut keadilan. Video yang memaparkan pengorbanan yang dilakukan oleh masyarakat Mesir untuk menumbangkan Hosni menonjolkan pengorbanan sesama manusia yang sanggup mati untuk membolehkan generasi lain terlepas dari kekejaman Hosni.
Saksi kan sebuah dokumentari pendek ini yang diberi nama Egypt Revolution 2011 Official Movie ثورة مصر العظيمة
Apa pun diharapkan negara-negara lain dapat mengambil iktibar atas apa yang terjadi. Jangan hanya mempergunakan rakyat untuk memberikan hasil kepada negara yang kemudian hanya dibolot oleh puak-puak atasan sehingga dapat mengumpul harta sehingga beratus-ratus juta. Ini adalah kenyataan yang sebahagian besar kumpulan parti pemerintah mempunyai sejumlah wang kekayaan yang disimpan di bank-bank luar negara. Sedang rakyat tidak mendapat hak yang sepatutnya.
Seorang pemimpin diperintahkan oleh Allah untuk menjadi ayah kepada seluruh rakyat mereka dan tidak hanya memikirkan untuk memberi kesenangan kepada kaum kerabat mereka sahaja. Kenapa tidak diambil contoh Rasulullah selaku pemimpin yang agung dan juga contoh sahabat-sahabat Rasulullah yang lain? Tiket sebagai presiden tidak sepatutnya digunakan untuk memperdaya rakyat dengan slogan-slogan tertentu namun hakikatnya tiada. Janganlah hanya mendengar kata si Merak sedangkan Si Gagak yang menunggu terlalu lama tidak diendahkan. Dengarlah suara hati rakyat dan apabila rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati janglah terus mengecop mereka sebagai penderhaka. Adakah kami sebagai rakyat tidak boleh menegur sebuah kepemimpinan hanya kerana kami seorang nelayan? hanya kerana kami hidup miskin? hanya kerana kami tidak berpelajaran tinggi? Bukankah tanggungjawab pemimpin untuk memastikan rakyat mendapat hak yang rata?
Kuasa ekonomi yang tidak menentu sebenarnya menekan jiwa rakyat. Dengan pendapatan yang tidak bergerak sedangkan harga barang semuanya naik bagaimana kami mahu hidup selesa? Padahal para kumpulan menteri hidupnya senang lenang di dalam rumah-rumah besar dan sentiasa disejukkan dengan aircond dan dilayan seperti raja. Pada masa yang sama rakyat terpaksa menghitung sama ada perbelanjaan bulan ini cukup atau tidak. Bebanan seperti ini sebenarnya akan membuatkan rakyat memberontak. Adil lah dalam memerintah. Kami tidak minta kamu menjadi seperti Umar Al Khattab...Kami juga tidak pernah meminta kamu setulus Umar Abdul Aziz kerna kami tahu siapa kamu? Tapi fikirlah keperluan kami...fikirlah tanggungan yang perlu kami pikul...Patuhilah syariat Islam...dan Jangan mempersendakan hukum agama. Apabila seorang pemerintah takut pada azab Allah maka corak pemerintahan akan bertukar...PASTINYA....Fikir-fikirkanlah...
Seorang ayah akan memimpin ananknya di jalan yang diredhai
Menu Menu Baru di Pizza...Jom Cek dan Nikmatinya(tengk sini)
Apakah erti kemodenan bagi kita? Adakah dengan bertambahnya aktiviti maksiat dan bila hilangnya rasa malu bererti kita telah mengecapi taraf ketamadunan yang tinggi? Harini ain telah terbaca satu berita yang cukup memalukan kita yang dicipta sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT. Seorang ibu dan anak kandungnya telah menemui ajal setelah tidak dapat dipisahkan kerana telah melekat antara satu sama lain setelah berzina. Si ibu yang berumur 30-an telah berzina dengan si anak yang berumur 15 tahun. Mangsa dikejarkan ke hospital di kota Gorontalo Indonesia setalah usaha untuk memisahkan mereka menemui jalan buntu. Tetapi tempoh mereka melekat tidak dapat dipasti kerana kes ini seperti ingin disorokkan oleh pihak-pihak tertentu. Setelah beberapa jam tiba di hospital akhirnya pasangan zina ini menemui ajal. Astagfirullah...sesungguhnya amat malu bertemu Allah dengan cara yang jijik ini. Ada pihak menjelaskan bahawa pasangan zina ini telah melekat selama beberapa hari oleh sebab itu sewaktu sampai ke hospital keadaan mereka telah terlalu lemah. (Berita Penuh Rujuk Sini)
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Perkara seperti ini terjadi kerana membiarkan jiwa hanyut dengan nafsu syahwat. Mungkin gaya hidup yang terlalu bebas antara ibu dan anak menyebabkan perkara ini berlaku tambahan pula ilmu agama ditoalak ketepi. Allah itu bila Dia berkehendak maka akan jadilah. Kun Fayakun. Jadi jangan pernah kita memandang rendah dengan setiap suruhan dan laranagan Allah SWT. Allah memberi petunjuk kebesaranNya dalam pelbagai cara namun kita tidak berusaha untuk mendekatinya. Sampai bila kita mahu membiarkan maksiat menguasai diri? Insaflah. Hidup kita tidak tentu lagi. Entah-entah sekejap lagi pun kita mati. Sentiasalah memohon kemaafan dari Dia sesungguhnya Allah itu Maha Pemaaf sifatnya. Tetapi jangan sampai kita mempermainkan doa-doa kemaafan itu kerana mungkin Allah akan menarik segala pintu hidayahnya daripada kita. Selepas itu jadilah kita manusia yang sentiasa dalam kerugian.
Firman Allah SWT:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.
Sabda Rasulullah SAW (diriwayatkan oleh Al-Hakim):
"Barang siapa berzina ataupun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya."
Hanya binatang yang sanggup bersetubuh dengan siibu sendiri dan manusia pada hari ini telah menjadi rakus seperti binatang. Malu lah kepada sang pencipta. Sedang zina itu besar dosanya apatah lagi bila dilakukan dengan siibu yang melahirkan dan menyusukan kita. Bukankah ibu adalah wanita yang kita sanjung dan wanita yang perlu dilindungi bukan tempat untuk menaburkan benih-benih maksiat.
->TONTONI RANCANGAN-RANCANGAN YANG HEBAT TANPA PERLU MELANGGAN ASTRO DI SINI (fine tv)
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
p/s: Jangan sampai hati kita ditutup untuk menerima hidayah
Jojo Rabbit (2019) Watch Full HD Streaming Online
-
[image: Jojo Rabbit (2019) Watch Full Movie Streaming Online]
Jojo Rabbit 2019Streaming Download
*Summary of Jojo Rabbit 2019*Jojo est un petit allemand soli...
-
*HP MINI 110*
[image: Sila mendownload]
Lama juga aku menelek notebook hp mini 110.Ia sebuah komputer telah diguna
sejak lebih 5 tahun dulu dan masih on.A...
Sebuah Perjalanan Sebuah Zikir.
-
Makam Mat Kilau
Telah lama laman ini ditinggalkan sepi. Baru kini rasa ingin menulis itu
sampai setelah banyak perjalanan dibuat dibiarkan sepi tanpa ber...
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Al ikhlas
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang
di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
Aku manusia yang hina penuh dengan kelemahan, mencari sebuah sinar untuk aku terangi kehidupan aku yang penuh kekhilafan ini. Air mata jadi peneman kala aku memikir tentang dosa-dosaku. Aku tidak layak untuk syurga Mu, namun tidak pula ingin ke neraka Mu