For All My Visiters

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan),

sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "bilakah datang pertolongan Allah?"

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

(Al-Baqarah : 214)

http://bilalocengberbunyi.blogspot.com/. Powered by Blogger.

Selamat Datang ke Teratak Ini

Followers

Pages

Comments ALIEN SESAT

 
 Saya tinggalkan video ini supaya kamu semua boleh berfikir. Allah mencipta pelbagai jenis makhluk dan kita percaya wujudnya alam ghaib. Namun kita perlu ingat, kata-kata orang kafir dan yahudi kita tak boleh percaya sangat...Mereka telah membuktikan bahawa mereka adalah raja dalam propaganda. Mungkin ada agenda yang telah dirancang secara halus. Apa-apa pun guna akal kurniaan Allah itu sebaik-baiknya.

SATU MALAYSIA SATU FACEBOOK? TENGOK SINI
P/S: BERAPA BANYAK LA KES UFO NI...KALAU BOLEH TANGKAP SEKOR LAIN LA JUGAK...AMEK BELA KAT UMAH SUH JADI PENJAGA UMAH
Read more


www.tips-fb.com

Comments MAHKAMAH BARU CAKAP HOSNI MEROSAKKAN NEGARA????SEMUA HIPOKRIT

Assalamualaikum semua....hemm...ni baru ada peluang sikit nak update blog..before ni sibuk...pastu penat terus idea hilang...hihihihi...anyway, hari ni rasa nak tulis pasal parti Hosni Mubarak dibubarkan oleh mahkamah di sana. saya memetik kata-kata hakim mahkamah tersebut:


"Ia (parti itu) menerapkan dasar yang memperkukuhkan kepimpinan diktator dan memonopoli kuasa.

"Parti itu menipu pilihan raya dan mengawal parlimen dan merencatkan ekonomi dan sosial negara,"
Untuk pengetahuan semua, pejabat parti ini yang terletak berhadapan dengan sungai Nil akan dijadikan muzium.

Jadi kepada pembaca sekalian yang budiman, apa yang kita boleh jadikan pengajaran melalui hal ini?

  1. pemerintah yang tidak memahami hati rakyat mungkin akan dapat bertahan dengan cara memperbodohkan rakyat namun tidak selamanya rakyat sanggup menjadi boneka
  2. memerintah dengan cara yang kotor sememangnya tidak diredhai Allah dan akhirnya akan menemui kegagalan
  3. pemerintah perlu sedar bahawa menjadi seorang khalifah itu tidak mudah dan bukan tiket untuk bersenang lenang namun ia adalah suatu amanah yang hanya dipikul oleh orang yang berani untuk menegakkan agama dan menjaga kebajikan rakyat
  4. kepada semua menteri samada luar negara atau dalam negara sendiri yang beragama Islam...Diharap tidak akan menolak agama keluar semata-mata mahu dikatakan maju. Jangan jadi seperti Kemal Atartuk yang pernah mengeluarkan kata-kata berbunyi
"untuk maju kita perlu pisahkan agama dan politik, untuk maju jangan libatkan agama dalam pentadbiran"

Sesunguhnya ajaran Allah itu adalah ajaran yang lengkap untuk segala-galanya. Tiada kekurangan sedikit pun. Malahan kejayaan dan kegemilangan orang Islam pada masa dahulu adalah kerana mereka percaya sepenuhnya dengan kekuatan agama. Oleh kerana itulah orang-orang kafir amat memusuhi umat Islam....

Oleh kerana Islam itu sendiri bersifat sempurna maka janganlah kita memandai mahu menambah atau mengurangkan dari pada hukum yang asalatau mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kenyataannya pada masa sekarang, hukum agama yang dilaksanakan adalah dipilih. Mana yang dirasakan mahu dilaksanakan mereka lakukan...mana yang tidak mereka sorokkan sehingga kita tidak tahu wujudnya undang-undang itu dalam Islam. Sesunguhnya manusia pada masa sekarang memang tidak takutkan Allah SWT...Islam hanya pada nama. Ini adalah kenyataan dunia sekarang. Hiburan diutamakan dari majlis-majlis agama. Mempromosikan fesyen yang kononnya islamik tetapi ibarat memakai baju tetapi TELANJANG.

Sebenarnya kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat. Jangan menidakkan apa yang telah Allah tetapkan. Jangan putar belitkan fikiran. Pememrintah seharusnya memberi peluang kepada rakyat untuk mendalami agama tanpa batasan. Ini, lulusan agama seperti kurang mendapat tempat dalam masyarakat manakala pandangan-pandangan ulama atau mufti yang agak tegas ditolak ketepi. Padahal ulama dan mufti itu penyambung kesinambungan perjuangan Rasulullah SAW.

Berbalik kepada kejatuhan kuasa pemerintahan Hosni Mubarak, jika pemberontakan yang dimulakan oleh penjaja ini tidak dilakukan...anda rasa bahagian penghakiman berani bersuara seperti ini? Jika mereka berani sudah lama Hosni jatuh dari pemerintahan. Mereka hanya sedap mengeluarkan kata-kata kerana Hosni sudah tidak berkuasa. Pembodek-pembodek seperti ini yang sebenarnya menghancurkan pentadbiran dalam sesebuah negara. Perkara yang terjadi ini sebenarnya kita boleh ambil iktbar. Bukan lihat dan putar belit. perkara yang benar perlu diwar-warkan. Apa yang diharap, pemerintahan biarlah berteraskan Islam 100%. Sesungguhnya undang-undang Allah itu lebih baik dan lengkap dari segala yang lain.

P/S: DULU SEMUA BETUL...SEKARANG SEMUA SALAH...HIPOKRIT SEMUA.....HIPOKRIT TERGOLONG DALAM.....FIKIR2 KAN LAH
Read more


www.tips-fb.com

Comments Adakah Begini Rupa Pengganas?

Semasa pertemuan Putera Bandar Sultan Abdulaziz Al-Saud dengan perdana menteri kita, perdana menteri kita telah bersetuju untuk menyokong setiap langkah yang diambil  oleh GCC bg menjaga kestabilan politik dan keselamatan negara. Malaysia juga mengutuk mana-mana kumpulan yang berkait dengan pengganas dan merosakkan kearmonian sesebuah negara. Mari kita lihat rupa pengganas-pengganas tersebut:
SUMBER DARI BLOG FAISAL TEHRANI






dan ini hasilnya setelah pihak berkuasa memerangi pengganas tersebut

p/s: gambar di atas hanya menunjukkan sedikit kekejaman yang berlaku di bahrain. Adakah kerana menuntut perubahan kuasa rakyat harus dilayan seperti ini? Adakah kerana berjuang menuntut keadilan mereka digelar pengganas? Adakah rakyat tidak boleh mempersoalkan kerajaan? Berfikirlah dengan lebih luas kerana Bumi ini milik Allah bukan milik manusia2 yang gilakan kuasa itu.
Read more


www.tips-fb.com

Comments Tutup ke Buka????

Dunia Sekarang segala-galanya mahu contohi barat. Walaupun dari segi pakaian yang terang melanggar syariat itu lah yang paling cantik. Kenapa kita tidak memartabatkan pakaian yang menutup aurat dan menjadi kebanggaan Islam? Cuba lihat gambar paramugari kita dan pramugari Iran

gambar-gambar ini ain jumpa sewaktu baca blog Dr Faisal Tehrani. Kredit untuk beliau.

mungkin gaya seperti ini menambahkan keyakinan

mungkin juga untuk membuat setiap penumpang selesa dengan kita
Adakah Gaya Ini Memalukan Kita Sebagai Orang Islam?

Mungkin Penampilan Seperti Ini Dianggap Kuno?
Buatlah perbandingan menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah SWT

p/s: Allah memandang kita dari takwa bukan dari berapa banyak kita dedahkan tubuh kita
Read more


www.tips-fb.com

Comments Libya Bakal Menjadi Tawanan Barat

INILAH ANTARA SENJATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYERANG LIBYA

Ujian Allah tidak pernah terhenti. Namun setakat mana kita sanggup harungi itu yang menjadikan samada kita menang atau kalah untuk menjadi hamba yang beriman. Hari ini ain dapat berita yang amat menyedihkan. Kesedihan yang menimpa Jepun masih belum reda, timbul pula kejutan yang lain di mana tentera bersekutu telah menyerang libya. Masyallah....besar sungguh ujian mu Ya Allah....namun pasti ada kemanisan yang dijanjikan Mu....Hari ini tentera yang diketuai Perancis menyerang Libya kononnya kerana Gadaffi melanggar genjatan senjata PBB...Namun lihat saja mangsanya orang2 awam termasuk ulamak yang tidak berdosa...Sedihnya tidak terkata.

Ini hanyalah alasan barat yang kononnya mahu membantu Libya namun sebenarnya mahu mengaut keuntungan minyak di negara bergolak itu. Amerika pula menunggu masa untuk menyerang dengan teknologi yang tercanggih....Ya Allah peliharalah umat Muhammad dari kezaliman sang kafir....Sepatutnya negara luar tidak perlu masuk campur sehingga tahap ini jika mereka ingin menghentikan kekerasan Gadaffi itu. Tekanan yang seluruh dunia berikan rasanya cukup memberi impak besar kepada pemerintah yang zalim itu. Jadi tindakan tentera bersekutu menyerang Libya adalah amat tidak rasional dan sebenarnya membunuh lebih ramai manusia berbanding serangan yang dilakukan sesama mereka. Bukan ain menyokong mereka berperang sesama mereka cuma jika dibandingkan tentera barat yang masuk campur rasanya jauh lebih baik biarkan mereka selesaikan sendiri. Jika keadaan ini berterusan tidak mustahil Libya akan menerima nasib seperti Iraq. Sama-sama kita berdoa supaya umat Islam tidak dizalimi manusia kafir lagi zalim itu. Allahuakbar!

INTERNET MURAH DENGAN PROMOSI DIGI.CEPAT SEBELUM PROMOSI TAMAT.TENGOK SINI


SUKA TRAVEL?TP XDE DUIT? INI PELUANG ANDA..SERTAI CONTEST INI DAN TRAVEL BERSAMA MAS. CEPAT! TARIKH TUTUP CONTEST 1 APRIL 2011. REBUT PELUANG INI!
AMERIKA SEDANG MENANTI
p/s: inilah jadinya bila umat Islam tidak bersatu....senang2 je si kafir mahu cucuk jarum....!
Read more


www.tips-fb.com

Comments Pemuda Kristian Masuk Islam Setelah Mencabar Dr. Zakir Naik Young


Diberi Hidayah oleh Allah setelah berniat untuk mencabar penceramah tersebut. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Alhamdulillah dia diberi cahaya kebenaran di situ juga. Allahuakbar!
pidato yang mantap mampu membuka hati yang tertutup dengan izin Allah SWT


p/s: Allah boleh mengubah segalanya sekelip mata sahaja. Jadi bersedia lah semua
Read more


www.tips-fb.com

Comments Video Bencana Tsunami-Hanya Allah Penyelamat di saat ini

Bayangkan jika kita berada di sini







Read more


www.tips-fb.com
 
© BILA LOCENG BERBUNYI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger